"Saya dah tanda tangan kontrak dengan penganjur selama setahun. Jadi event kita dua bulan lagi. That is our first event, so saya nak awak semua prepare siap-siap. Saya nak tarik prospek baru dari festival tu nanti," Ujar Fatima kepada semua staff yang ada di dalam bilik mesyuarat itu.
"Tapi bos, cukup ke staff? Nak jaga butik lagi, nak jaga festival lagi," Soal Nisa.
"Festival tu berlangsung hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jadi kita cuma struggle hari Jumaat sahaja. Sabtu butik half-day, Ahad, butik tutup. So nanti saya akan susun semua staff kepada tiga kumpulan yang akan jaga booth dekat event tu," Ujar Fatima lagi sambil menutup fail di tangan lalu hulur kepada Nisa.
Semua yang ada di situ mengangguk tanda faham.
"Dah pukul empat, so bolehlah balik," Ujar Fatima apabila sedar jam menunjukkan pukul empat petang.
Semua di situ bersurai dan beransur pulang. Cuma tinggal Fatima dan Nisa bersama dengan akauntan sedang mengemas semula meja.
"Nisa, esok saya ada apa-apa meeting dengan supplier?" Soal Fatima.
Nisa menggeleng, "Tak ada bos. Esok dan minggu depan semua free!" Ujar Nisa.
Fatima mengangguk, "Okaylah kalau macam tu. Saya balik dulu,"
Sebaik Fatima mahu melangkah keluar dari bilik mesyuarat telefon bimbitnya berbunyi. Nama Puan Kalsom tertera di skrin.
"Assalamualaikum acu," Bibir Fatima tersenyum apabila Puan Kalsom menelefonnya.
"Waalaikumusalam Timah. Timah sihat?"
"Alhamdulillah, sihat acu. Ada apa acu telefon Timah?" Soal Fatima terus. Sementara dia mahu berbual dengan Puan Kalsom, dia masuk ke biliknya dahulu dan duduk di sofa.
"Fatima sibuk ke?"
"Eh tak adalah. Fatima baru lepas habis meeting. Nak balik rumah dah ni. Acu kenapa telefon Timah tiba-tiba ni?"
Kedengaran Puan Kalsom ketawa kecil di talian, "Sebenarnya acu dah sampai TBS ni. Timah ambil acu boleh?"
Mata Fatima terbuntang, "Acu dekat TBS? Acu datang KL ke?"
"Iya Fatima. Kan acu dah janji nak datang KL dengan Ika teman Fatima dekat sana," Ujar Puan Kalsom.
Fatima mengehela nafas, "Okay kalau macam tu, acu dengan Ika tunggu situ. Lagi 30 minit Timah sampai," Ujar Fatima.
Selepas dia mematikan talian, bergegas dia turun dari butik dan menuju ke kereta. Sebaik kereta dihidupkan, terus dia memandu menuju ke Terminal Bas Bersepadu Selatan.
###
"Kenapa acu tak cakap acu nak datang?" Soal Naziha sambil menghidangkan air kepada Puan Kalsom dan Ika.
"Saja tak nak bagi tau. Tak sangka Fatima marah dekat acu," Ujar Puan Kalsom.
"Timah bukan marah. Kut-kut kalau Timah sibuk tadi macam mana? Siapa nak jemput acu balik?" Soal Fatima yang sedang duduk di sebelah Ika.
"Dah la Timah, acu tak payah bising-bising. Semua dah selanat sampai dah pun," Ujar Naziha.
Fatima ni kalau membebel mengalahkan mak cik bawang duk bergosip tepi tembok.
"Berapa hari acu dekat sini?" Soal Naziha.
Naziha memang sudah biasa memananggil Puan Kalsom sebagai acu sama seperti Fatima, memandangkan dia tidak pernah mempunyai ibu saudara. Kadang kala, dia sering mengikut Fatima pulang ke kampung.
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...