Hati semakin takut. Habis minyak ditekan dan kereta bergerak laju. Sehingga bumper juga dia langgar kerana ketakutan. Jalan juga semakin sunyi. Menambah lagi deruan jantungnya yang laju.
"Kenapa dia ikut aku?" Fatima sudah berpeluh.
Tak lama kemudian dia terlihat sebuah lampu isyarat berwarna hijau sedang berkelip dan ingin menukar kepada warna kuning. Dia berdoa supaya dia sempat lepas dan kereta yang ikut tadi tertinggal di belakang.
Tapi nasib tidak menyebelahinya, kereta itu juga turut sempat melepasi lampu isyarat itu sebelum bertukar merah. Terus air matanya mengalir. Perasaan takut dan gelisah sudah mengusai diri. Terus dia beristigfar dan membaca ayat dari Surah Yasin ayat ke 9.
Sudah hampir habis minyak ditekan dan kereta itu semakin mendekat. Dekat dan semakin dekat sehingga melanggar booth kereta Fatima. Wajah Fatima hampir terhantuk pada stereng kereta apabila dilanggar. Kala itu wajahnya sudah basah.
Dia baca ayat itu berulang kali dan dia ternampak sesuatu cahaya berwarna biru dan merah berkelipan di hadapan. Semakin dia dekat rupanya itu adalah polis sedang buat roadblock. Hati Fatima lega.
Apabila dia memandang cermin pandang belakang. Kereta Farees sudah pun berpatah balik.
"Assalamualaikum cik, boleh tunjuk lesen? Kenapa laju sangat pandu ni?" soal polis lelaki itu apabila kereta Fatima sudah berhenti dan tingkap dibuka.
"Waalaikumusalam," dia kemudiannya membuka beg tangan mencari kad lesen, "Saya minta maaf tuan. Saya terpaksa bawa laju sebab kereta merah yang u-turn tadi tu kejar saya," beritahu Fatima selepas dia menghulurkan kad lesen.
"Kejar?"
Aku mengangguk, "Saya minta maaf tuan. Nasib baik ada roadblock. Kalau tak, tak tahulah sampai mana dia ikut saya,"
"Jadi cik okay ke tidak? Nak kami bawa ke balai?"
Aku menggeleng, "Tak apa. Saya balik rumah dulu nak beritahu suami. Lagipun kamera kereta saya dapat tangkap nombor plat dia,"
Polis itu mengangguk, "Cepat-cepat balik dan buat laporan. Moga selamat sampai," ucap polis itu sambil dia menghulurkan semula lesen milik Fatima.
"Terima kasih ya,"
Polis itu memberi satu senyuman sebelum Fatima menutup tingkap kereta. Hatinya sedikit tenang apabila kereta Farees tidak mengikut dia lagi. Rumah Alif Muhaimin juga tidak berapa jauh. Sedikit penyesalan kerana ikut jalan ini tadi.
Tiba sahaja di rumah dia terus memberi salam. Tidak lama, terus pintu terbuka. Terlihat Alif Muhaimin menyambut dia dengan senyuman dengan berpakaian kain pelikat dan t-shirt serta songkok di kepala. Mungkin baru lepas selesai solat magrib.
Tetapi senyum Alif Muhaimin mati apabila melihat wajah Fatima yang sunggul dan sembap. Matanya memerah kerana menangis tadi. Wanita itu juga kelam kabut masuk ke dalam dan menutup pintu.
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...