33. Perlu Ruang

5.7K 212 7
                                    

Dari jauh lagi Alif Muhaimin sudah terlihat susuk tubuh Datin Zaleha dan Datuk Rosman. Dia dan Aisya menuju ke arah meja tetamu VIP itu. Dia menyalam Datin Zaleha dan Datuk Rosman.

"Mana akak ma?" soal Aisya sebaik dia melabuhkan punggung di sebelah mamanya.

"Dia baru je masuk pergi back stage. Nasib baik korang sampai cepat. Event dah nak start," beritahu Datin Zaleha.

"Tadi jalan jem,"

Alif Muhaimin masih bingung. Dia menoleh memandang sekeliling. Bunting penuh dengan gambar Fatima. Hatinya sedikit rasa panas, 'Kenapa dia tak bagitahu aku yang dia jadi model untuk produk ni?'

"Assalamualaikum," tiba-tiba mereka terdengar suatu suara memberi salam.

"Waalaikumusalam, eh Som! Bila sampai?" soal Datin Zaleha.

"Malam tadi baru sampai dengan Ika. Tidur rumah Naziha," ujar Puan Kalsom.

Puan Kalsom, Syafika dan Naziha juga duduk di meja yang sama. Alif Muhaimin semakin pelik, kenapa Puan Kalsom juga dijemput. Baik betul bos dia ni.

Yang paling dia rasa aneh dia terlihat Nisa sedang berjalan kehulu-hilir bersama dengan kertas dan mikrofon di tangan, 'Tak akan bos sendiri jadi MC?'

"Alif? Are you okay?" soal Datuk Rosman yang perasan Alif Muhaimin dari tadi diam dan mata meliar memandang sekeliling.

Alif Muhaimin mengangguk, "Okay,"

"Ye ke okay? Ke rasa pelik?" soal Aisya ingin mengusik.

"Kenapa..." belum sempat Alif Muhaimin menghabiskan kata dia terdengar suara Nisa yang sudah berada di pentas kecil itu.

"Assalamualaikum tetamu yang dihormati. Pertama sekali kami dari Az-Zahra Family ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir ke pelancaran kosmetik terbaru keluaran Az-Zahra Empire yang serba kecil ini," kata-kata aluan dari Nisa membuatkan Alif Muhaimin terpaku.

"Az-Zahra Family? Zahra?" walaupun perlahan namun dapat didengar oleh Naziha yang duduk selang satu kerusi darinya.

Naziha senyum, "You will know who is she, Alif Muhaimin. Fatima is the amazing youngest woman ever in my life," ujar Naziha menambahkan lagi kekeliruan Alif Muhaimin.

"Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri. Saya Nur Khairunnisa selaku MC anda untuk hari ini. Jadi tanpa membuang masa kami ingin mempersembahkan kepada anda koleksi kosmetik terbaru dari Az-Zahra Empire," ujar Nisa sebelum dia berlalu pergi.

'Sah! Dia bukan bos Zahra,' ujar dia dalam hati sebaik Nisa berlalu pergi.

Satu demi satu koleksi yang dia lihat. Semuanya dia pernah lihat sebelum ini. Sample yang Fatima pernah bawa balik ke rumah.

Dia tiba-tiba rasa ingin menangis, marah dan kecewa. Perasaannya bercampur baur kerana dia yakin, bahawa dia telah ditipu oleh isterinya sendiri.

"Bos, saya nampak muka husband bos macam marah je," ujar Nisa kepada Fatima sebaik dia kembali ke belakang pentas.

"Ye ke?"

Nisa mengangguk, "Tapi tak apa, lelaki kalau marah kejap je, kut!" tambah Nisa lagi.

Fatima mula rasa resah dan gementar. Bukan gementar untuk berdiri di hadapan orang ramai selepas ini. Tetapi dia gementar dia berdiri di hadapan suaminya sebagai seorang Fatima Az-Zahra yang sebenar.

Selepas lima belas minit tayangan produk terbaru, Nisa kembali keluar ke pentas. Di pentas sudah tersedia ke semua produk terbaru itu.

"Mungkin ramai yang tertanya-tanya di manakah ibu Az-Zahra Family, empunya Az-Zahra Empire. Tanpa membuang masa saya menjemput Puan Fatima Az-Zahra selaku CEO dan Founder Az-Zahra Empire,"

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now