"Lagi?" Fatima masih ingin tahu, "Macam mana abang tahu Az-Zahra Empire?"
Alif senyum, "A few month before Zahmin's launching, Zahra test sample product depan abang. Then you ask me nak letak nama apa. Konon-konon bos Zahra minta idea. Spontan, nama Zahmin keluar,"
"Kenapa Zahmin? Zahmin tu apa?"
"Zahra and Muhaimin,"
Fatima sekali lagi dihurung rasa berbunga dalam hati. Boleh pula lelaki itu menyatukan nama mereka.
"It's a big surprise for me masa abang dapat tahu about Zahmin masa malam pelancaran tu. Abang ada rasa marah sikit sebab abang seorang je tak tahu tentang Az-Zahra Empire. Mama, papa, Aisya pun tahu. Abang rasa diperbodohkan masa tu," sambung Alif Muhaimin.
"Lepas tu kita gaduh ke?" soal Fatima.
Alif Muhaimin mengangguk kecil, "Tapi tak adalah gaduh teruk. Tak sampai 12 jam pun kita bergaduh. Pukul 2 pagi, abang nampak Zahra berdiri depan singki sambil menangis. I come closer and hug you. Zahra tak henti-henti ucap maaf. Sebab abang tahu, kalau Zahra tak buat macam tu, mungkin abang tak jadi macam sekarang,"
"Then? Kita berbaik ke?" soal Fatima lagi.
Alif Muhaimin mengangguk kecil. Dia mengusap pipi Fatima, "Malam ni tidur sini. Boleh?"
Fatima lantas menggeleng, "Tak nak!"
"Zahra please. Abang rindu," Alif Muhaimin cuba merayu. Memang benar, dia rindukan Fatima teramat sangat. Dia rindu pelukan wanita itu.
Fatima mengeluh, "Tapi..."
"Tapi apa?"
"Ada syarat,"
Akhirnya Alif Muhaimin mengukir senyum, "Syarat apa?"
"Jawab soalan terakhir saya untuk malam ni,"
"Soalan apa?"
Fatima menarik nafas dalam, "Mana Farees?"
Senyum Alif Muhaimin mati, "Farees?"
Fatima mengangguk.
"Dia... dia dah tak ada," Alif terus menarik comforter menutup badannya dan badan Fatima.
"Tak ada? Dia pergi mana?"
Alif Muhaimin memandang Fatima lalu satu senyuman nipis diberi, "Abang dah jawab soalan terakhir, so good night. Sweet dream sayang," ucap dia lalu sempat dia mencium dahi Fatima sekilas.
Fatima sungguh rasa ketidak puasan hati mendengar jawapan Alif Muhaimin. Dia betul-betul ingin tahu ke manakah pergi lelaki itu. Disebabkan dia, rumah tangga mereka retak.
###
Alif Muhaimin terjaga sebaik dia mendengar telefonnya berbunyi. Jam tepat menunjukkan pukul 5 pagi. Dia memusingkan badannya mahu menoleh si isteri. Tetapi, tiada.
Pintu biliknya terbuka dan ada cahaya dari luar. Dia lalu duduk dari berbaring. Dialih selimut dan cuba untuk bangun menuju ke bilik air. Tetapi langkahnya terhenti melihat Fatima di depan pintu.
"Sayang? Kenapa?"
Fatima menggeleng, "Sahur...."
Alif Muhaimin mengangguk perlahan dan dia senyum nipis, "Abang basuh muka dulu,"
Fatima mengangguk kecil lalu dia keluar dari bilik kembali menuju ke dapur. Di tuangkan nasi ke dalam kedua-dua pinggan miliknya. Tiba-tiba dia teringat akan hal malam tadi, selepas Alif Muhaimin sudah terlelap.
Fatima meletakkan tangannya di bawah bantal mahu mengalas. Tiba-tiba dia rasakan ada sesuatu sampul. Tanpa berfikir panjang, terus dia buka dan melihat isinya. Tetapi, akibat dia berada di dalam keadaan gelap, dia buka lampu sisi katil dan perlahan mod cahaya supaya malap.
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...