39. Wangi

5.5K 208 18
                                    

"Sayang... bangun kita dah sampai,"

Alif Muhaimin mengejutkan Fatima apabila dia sudah memakirkan kereta di halaman rumah kampung itu. Tepat jam tiga petang mereka tiba.

Fatima perlahan-lahan membuka mata lalu menggosok. Tali pinggang keledar dia buka. Dari dalam kereta dia sudah terlihat Puan Kalsom dah berdiri di hadapan pintu.

Terus Fatima mengukir senyum lalu dia keluar dari perut kereta.

"Acu! Timah rindu!" terus tubuh Puan Kalsom dipeluk erat.

"Kamu sihat? Naziha nanti datang tak?"

Fatima terus memuncung, "Acu ni, Timah sampai dulu terus tanya pasal Ziha. Tanyalah pasal Timah!"

Puan Kalsom ketawa kecil, "Kalau dah Timah ada depan acu, maknanya sihatlah ni," aku menepuk bahu Fatima.

"Ziha datang esok petang," jawab Fatima.

Tak lama kemudian Alif Muhaimin juga berdiri di hadapan Puan Kalsom lalu tangan wanita itu dicium, "Alif sihat? Mama dengan papa datang bila?"

"Esok tengahari baru gerak,"

"Mari masuk. Acu baru lepas siap masak. Kejap lagi boleh makan," ujar Puan Kalsom.

Fatima dan Alif Muhaimin mengikut Puan Kalsom masuk ke dalam, "Ika tak balik ke?"

"Balik, petang nanti acu jemput dia. Kalau kamu nak keluar ke pergilah,"

"Barang-barang semua dah beli?" soal Fatima.

"Barang kering semua dah. Tinggal barang basah je. Acu ingat esok pagi nak pergi jeti. Kut-kut ada ikan. Bolehlah tetamu rasa makan ikan segar nanti,"

Fatima senyum nipis lalu dia angguk.

"Timah nak makan dulu ke nak mandi dulu?"

"Timah mandi dululah. Nak solat semua dulu, nanti Timah makan,"

Puan Kalsom akur lalu dia meninggalkan Fatima dan terus ke dapur. Alif Muhaimin awal-awal lagi sudah membawa beg masuk ke dalam bilik. Fatima pun juga turut menjejakkan kaki ke dalam bilik itu.

Dia terlihat Alif Muhaimin sudah terbaring di katil sambil memeluk bantal panjang. Letih agaknya kerana memandu, tambah pula jalam sesak tadi kerana ada kemalangan.

"Abang nak makan sekarang ke?"

Alif Muhaimin membuka mata, lalu dia menggeleng, "Abang nak rehat kejap boleh? Abang tak taulah kenapa abang penat sangat,"

Fatima ketawa, "Abang ni kenapa? Bawa kereta je pun,"

Alif Muhaimin terus menarik tangan Fatima supaya wanita itu duduk di sisinya. Kepala diletakkan di atas riba isterinya, "Picitkan kepala abang, please,"

Fatima menggeleng perlahan, "Peliklah abang ni," tangannya tetap berada di kepala Alif Muhaimin mengurut perlahan.

Tak lama kemudian, Alif Muhaimin terlelap. Nasib baik dia sudah solat di masjid tadi sekali dengan jamak asar. Cuma Fatima sahaja tidak solat di masjid tadi.

"Abang, tak nak makan ke?" soal Fatima.

Alif Muhaimin menggeleng.

"Kalau macam tidur elok-elok lah. Zahra nak solat,"

Lantas terus Alif Muhaimin mengalihkan kepalanya dari riba Fatima ke bantal empuk itu. Lena sekali dia tidur.

###

"Sayang mana acu?" soal Alif Muhaimin yang baru selesai mandi pada petang itu.

"Dia keluar. Pergi ambil Ika," ujar Fatima, "Abang..."

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now