50. Buka Rahsia

4.6K 194 23
                                    

Apabila kaki Irdina dilangkah masuk ke dalam tandas wanita, kebetulan juga Fatima baru sahaja keluar dari bilik air. Dia tersenyum sinis.

"Eh Fatima," sapa Irdina dengan suara yang dibuat gedik.

"Irdina..."

"Jumpa lagi kita dekat tandas ni,"

Fatima hanya senyum. Kemudian dia melangkah ke arah singki untuk membasuh tangan.

"Well, can I know who are you actually? I tak taulah kenapa Alif kahwin dengan you," ujar Irdina yang tiba-tiba membuatkan Fatima terhenti menggosok tangan.

"What do you mean?" wajah gadis tinggi lampai itu dipandang.

Irdina mendekati Fatima lalu dia bersandar pada singki, "Well Alif Muhaimin is actually my boyfriend dulu. Kami pernah holiday sama-sama, duty sama-sama. I really depressed bila I tahu dia dah kahwin dengan you,"

Fatima ketawa, "Really? I'm so sorry Irdina if you rasa I rampas dia dari you,"

"Eh no! I tak rasa apa-apa pun. Cuma tu la, I pelik juga kenapa Alif pilih you. I nampak macam... you have nothing," sindir Irdina tanpa fikir panjang.

Fatima masih memberi senyum kepada Irdina walaupun hati sudah mahu meletus, "I think, I lebih kenal dia dari you. I pelik sangat-sangat macam mana you boleh claim you girlfriend dia dulu,"

Irdina ketawa sinis, "Are you sure you know him better?"

Fatima mengangguk bangga, "Ya! I'm verry pretty sure. He's my husband. Kalau you tahu siapa Alif Muhaimin, mesti you takut nak dekat dengan dia lagi," ujar Fatima berlapis.

Irdina terdiam. Dia tidak faham apa yang nak dimaksudkan oleh Fatima.

"Okaylah, I pergi dulu," Fatima mencapai tisu di sebelah Irdina lalu dia menggelap tangannya yang basah, "By the way. Cuba you try Google nama I. Fatima Az-Zahra or, Az-Zahra Empire,"

Irdina mengerut dahi.

"Then you will know who am I," Fatima menghadiahkan senyuman manis kepada Irdina sebelum dia berlalu pergi.

Selepas Fatima berlalu pergi, cepat-cepat dia mencari telefonnya di dalam handbag. Aplikasi Google dia tekan dan cepat-cepat dia menaip nama Fatima.

"What?! Young Entrepreneur?" dia terus scroll lagi ke bawah.

"Juta pertama pada usia 23 tahun?! Shit!" bebel dia sendirian.

Gambar Alif Muhaimin dan Fatima di muka hadapan majalah terpampang pada telefon Irdina membuatkan dia sakit hati.

"Aku yang nak sakitkan hati dia, tapi aku pula yang sakit lagi!" Irdina meregus.

###

Alif Muhaimin masuk ke dalam kereta selepas dia memasukkan beg rodanya ke dalam booth kereta. Perasan bahawa ada yang pelik pada Fatima, segera dia menyoal.

"Sayang, are you okay?"

Fatima menoleh memandang Alif Muhaimin, "I don't know,"

Alif Muhaimin mengerut dahi, "Tell me what's wrong?"

"Tadikan Zahra pergi toilet..."

"Okay then?"

"I meet Irdina,"

"Irdina? Dia ada buat apa-apa dengan sayang?"

Fatima menggeleng, "Dia tak buat apa-apa pun. But may I ask you something?" soal Fatima.

Alif Muhaimin mengangkat kening.

"Selain arwah Farees, abang ada girlfriend?"

Alif Muhaimin ketawa kecil, "Kenapa Zahra tanya macam tu?"

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now