40. Badan Dua

5.7K 201 11
                                    

"Lepas ni tak boleh peluk abang dah!" Fatima memuncung bibir sebaik mereka makan tengahari bersama.

Sebetar lagi Alif Muhaimin akan berangkat ke lapangan terbang. Dia akan meninggalkan Fatima beberapa hari untuk bekerja.

"Sekejap je sayang," tangan Fatima digengam.

"Nanti kalau rindu bau ni macam mana?" soal Fatima lalu dia dekatkan wajahnya lada bahu Alif Muhaimin. Meskipun berlapik baju, bau tetap ada. Bau suamilah katakan.

"Sabar okay. Nanti abang balik, sayang peluklah abang puas-puas!"

Fatima menggeleng. Mengada dia lain macam betul. Nak melekat 24 jam. Sampai kadang-kadang, Alif Muhaimin pun rasa rimas. Tapi nak buat macam mana, dah sayang.

"Nanti abang beli hadiah okay?" Alif Muhaimin cuba untuk memujuk.

"Nak coklat, please,"

Alif Muhaimin ketawa kecil, "Coklat? Dekat Malaysia pun ada coklat sayang,"

"Coklat Malaysia lain!" Fatima merungut.

"Okaylah. Nanti abang beli banyak-banyak okay!"

Akhirnya Fatima senyum gembira.

Selesai mereka makan tengahari, mereka terus turun ke basement. Mereka berhenti dan memandang satu sama lain apabila tiba di kereta masing-masing. Kereta mereka diparkir bersebelahan.

"Abang love you," ucap Alif Muhaimin tiba-tiba.

Fatima senyum dan dia angguk, "I love you too," dia mengambil tangan Alif Muhaimin lalu di bawa ke bibir.

Lama tangan lelaki itu dikucup. Sebaik Fatima mengangkat kepala, dahi wanita itu pula dicium diikuti dengan kedua-dua belah pipi.

"Jaga diri, okay," pesan Fatima.

Alif Muhaimin mengangguk, "Jangan lupa abang,"

Fatima ketawa, "Abang pergi berapa hari je. Bukan setahun!"

Alif Muhaimin senyum tawar, "Abang takut abang hilang sayang,"

Fatima mengerut dahi memandang Alif Muhaimin, "I will never leave you," bisik Fatima lalu dia memeluk Alif Muhaimin sekilas.

"See you later,"

###

"Kenapa perut aku sakit ni?" soal Fatima seorang diri sambil memegang perutnya.

Fatima terus menerpa ke arah sofa di dalam bilik pejabatnya.

"Senggugut ke? Aku nak period ke ni?"

Tiba-tiba pintu diketuk, "Bos, semua stokis dah sampai," ujar Nisa.

Fatima mengangguk lalu terus dia ke menuju ke bilik mesyuarat. Wajahnya tersenyum gembira melihat stokis agen yang hadir hari ini.

Sebenarnya Fatima sengaja ingin berjumpa dengan mereka. Semenjak Zahmin Cosmetics dikeluarkan, keuntungan Zahra Empire sangat-sangat menakjubkan. Ini semua asbab daripada mereka. Sempat juga Fatima mengajar teknik-teknik untuk berniaga melaui media sosial.

"Terima kasih lady bos," ujar mereka.

Fatima hanya senyum, "Sama-sama. Apa yang saya ada ni, adalah semua daripada awak semua. You guys jangan risau, I'll try my best untuk tolong korang semua,"

Selepas sahaja mereka semua pulang, Fatima duduk bersama dengan pekerjanya yang menjaga bahagian online. Hari ini dia mahu meluangkan masa lebih banyak bersama dengan 'tulang belakangnya'. Kalau tiada mereka, Zahra Empire tidak akan membangun.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now