29. Sayang

6.7K 251 31
                                    

Dia melihat kotak itu lama. Kemudian dia lihat Alif Muhaimin silih berganti dengan kotak itu.

"Apa ni?"

"Hadiah untuk kau,"

Perlahan-lahan Fatima capai lalu dia buka. Seutas rantai berlian yang sangat cantik mampu menawan hati wanita. Fatima memandang Alif Muhaimin kembali.

"Tapi untuk apa?"

"Untuk semuanya," Alif Muhaimin mengambil semula kotak itu lalu dia letakkan di tepi.

Dia meraih tubuh wanita itu. Dipeluk erat dalam dakapannya meskipun sedikit terhalang dengan tangan kanannya yang patah.

Hati Fatima bergetar saat diperlakukan begitu.

"Fatima Az-Zahra, aku sayangkan kau. Aku cintakan kau seikhlas hati aku," bisik Alif Muhaimin di telinganya.

Seraya itu Fatima memejam rapat matanya. Air mata mengalir dengan deras di dada lelaki itu.

"Zahra, tak ada sedikit pun niat untuk aku lepaskan kau. Aku sayangkan kau sangat-sangat!" jari kiri Alif Muhaimin membelai rambut wanita itu.

Fatima mendonggakkan kepala memandang suaminya, "Awak tak tipu saya, kan?" soal dia.

Alif Muhaimin menggeleng laju, "Tak! Demi Allah, aku tak tipu kau,"

Dengan pantas, terus Fatima memeluk kembali tubuh suaminya dengan erat. Tanpa rasa malu, tanpa rasa segan. Cuma ada hanya rasa sayang yang semakin menebal apabila lelaki itu luah rasa cinta pada dirinya.

"Kau sayang aku tak?" soal Alif Muhaimin. Dia menunduk memandang mata Fatima.

Fatima mendongak lalu dia angguk, "Saya takut awak tinggalkan saya, Muhaimin. Saya sayang awak sangat-sangat,"

Seraya itu, dia mengucup dahi wanita itu lama. Satu perasaan baru telah hadir dalam diri mereka. Perasaan yang entah apa dan tidak dapat mereka ungkapkan.

"Aku harap kau suka rantai ni," Alif Muhaimin mengambil kembali kotak itu, "Bila aku tengok kau sentiasa pakai gelang yang aku bagi ni, buatkan aku rasa yang kau sayangkan aku," dia lihat gelang di tangan Fatima pula.

Gelang itu adalah hadiah pertama dari Alif Muhaimin. Hadiah yang dia dapat ketika malam pertama dia berkahwin. Tetapi ketika itu Datin Zaleha yang menghulur kepada Fatima.

Fatima senyum, "Saya suka. Suka sangat. Tapi saya lagi suka bila saya dengar apa yang awak cakap tadi,"

Alif Muhaimin senyum lebar. Sekali lagi dahi gadis itu dikucup lama.

###

Fatima mengaminkan doa yang dibaca Alif Muhaimin selepas mereka selesai solat isyak berjemaah. Selepas dari drama siang tadi, sempat Fatima menyuap Alif Muhaimin makan. Senyum lebar lelaki itu makan penuh selera. Bibirnya mengukir senyum. Kisah cintanya baru sahaja bermula.

"Zahra..."

Fatima menoleh memandang Alif Muhaimin, "Ya?"

Alif Muhaimin mengesotkan badannya mahu lebih rapat dengan Fatima, "Aku ada satu permintaan,"

"Apa dia?"

"Jangan panggil aku Muhaimin. Boleh?"

Fatima memandang mata lelaki itu, "Tapi itu kan nama awak,"

"Memanglah, tapi aku kan suami kau,"

Fatima angkat kening, "Habis tu awak nak saya panggil awak apa?"

"Abang,"

"Abang? Kenapa abang pula?"

"Sebab mama panggil papa abang,"

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now