53. Dua Garis Biru

8.2K 222 17
                                    

"Ha?! Siapa?"

"Kawan kitalah,"

"Kawan mana pula ni? Kenapa nak duduk rumah kita? Dia tak ada rumah ke?" soal Alif Muhaimin polos.

Fatima menggeleng, "Rumah kita tu, rumah dia jugaklah,"

"What?! Abang rasa masa abang beli rumah tu, abang tak ada letak nama siapa-siapa kecuali nama abang dengan mama,"

Fatima ketawa, "Abang ni kelakarlah!"

"Sayang cakaplah betul-betul. Sayang tipu abang eh?"

"Mana ada sayang tipu. Betullah, nanti lagi sembilan bulan dia pindah masuk rumah kita," jawab Fatima. Masih lagi mahu mengusik.

"Pulak dah!"

Fatima senyum melihat reaksi Alif Muhaimin. Diacapai beg tangan lalu dia mengeluarkan sebuah kotak kecil. Dihulurkan kepada Alif Muhaimin.

Terus Alif Muhaimin membuka. Diamati benda putih itu lama lalu dia pandang Fatima dan senyum dia ukir perlahan, "Maksudnya....."

Dikeluarkan pula sekeping gambar hitam putih yang sudah lama disimpan, "Zahmin's Junior," dihulurkan kepada Alif Muhaimin.

Alif Muhaimin tidak menyambut gambar itu tetapi terus dia bangun dari kerusi. Dipeluk erat tubuh isterinya, "Alhamdulillah," ucap Alif Muhaimin. Setitis air mata lelakinya mengalir.

Dikucup dahi Fatima lama kemudian dia melutut menghadap Fatima, "Terima kasih sayang,"

Fatima ketawa kecil, "Sama-sama! Abang janganlah nangis," dikesat air mata Alif Muhaimin yang mengalir di pipi.

Gambar hitam putih itu diambil lalu direnung lama dan dikucup sekilas sebelum tangannya diletakkan pada perut Fatima yang masih kempis, "Kita jaga baby ni elok-elok ya,"

Fatima senyum dan dia angguk. Tangannya memegang tangan Alif Muhaimin pada perutnya yang masih kempis, "Kita jaga sama-sama,"

###

"Cantiknya baju aku Timah," ujar Naziha sebaik dia selesai memakai dress yang direka.

Fatima senyum nipis sambil dia memperbetulkan baju yang dipakai Naziha, "Aku buat baju ni khas untuk kau,"

Dress yang berwarna kelabu itu dipadankan dengan lace dan manik berwarna putih. Menambahkan lagi seri pada baju akad nikah yang dipakai Naziha. Setelah lama berkenan rasa, akhirnya hari ini dia akan bernikah bersama Iqbal. Sahabat lama dizaman sekolah dahulu.

"Tapi... Berapa aku kena bayar ni?"

"Alah! Aku dah anggap kau macam adik beradik aku tau. Tak payah bayarlah,"

"Serious la tak bayar? Seganlah aku macam ni!"

"Tak payah. Anggap je ni hadiah dari aku,"

Naziha senyum gembira, "Terima kasih Fatima," dia peluk Fatima erat lalu diusap perut Fatima yang sudah membesar, "Awak cepat keluar ya. Aunty tak sabar nak jumpa awak," usik Naziha.

Usia kandungan Fatima juga sudah mencecah hampir lapan bulan dua minggu. Dia dan Alif Muhaimin kena sentiasa bersiap sedia takut-takut kalau baby mahu keluar awal. Memandangkan dulu dia juga lahir tak cukup bulan, jadi dia takut juga jika anak pertama ini mengikut perangainya yang tidak sabar mahu melihat dunia.

"Sabarlah aunty. Nanti saya keluarlah!"

Selepas selesai sesi akad nikah pada pagi itu, terus Fatima dan Alif Muhaimin berangkat ke butik atau patut dipanggail sekarang adalah wisma mereka. Az-Zahra Empire Wisma. Perlu menemani Alif Muhaimin untuk berjumpa dengan beberapa orang pembekal baru.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now