"Bila isteri saya nak sedar doktor? Dah seminggu dia terbaring dekat sini," soal Alif Muhaimin selepas Doktor Rayyan selesai memeriksa Fatima.
"Saya tak berani nak kata apa-apa. Cuma saya boleh kata, Fatima ni orangnya kuat. Saya tahu dia tengah lawan sakit dia sekarang," ujar Doktor Rayyan.
"Kenapa cara doktor cakap, macam doktor dah kenal isteri saya lama?"
Doktor Rayyan senyum, "Yes. Saya kenal dia dah lama. Dari zaman sekolah, membawa ke zaman belajar,"
"Doktor kenal isteri saya dari zaman sekolah?"
Doktor Rayyan mengangguk, "Saya kawan baik arwah Muhaimin dekat sekolah asrama dulu. Then bila sambung study, saya satu universiti dengan Fatima pula,"
Alif Muhaimin mengangguk tanda mengerti.
"Tapi awak jangan salah faham. Saya cuma anggap Fatima sebagai adik je. Tak lebih dari tu," tambah Doktor Rayyan. Dia takut kalau-kalau Alif Muhaimin fikir yang bukan-bukan.
"But the point is, Fatima is a warrior. Dari kecil dia diuji hilang ibu dia. Lepas tu, hilang Muhaimin pula. And boleh saya tahu mana pakcik Saiful? Saya tak pernah nampak dia dekat sini," soal Doktor Rayyan lagi.
Alif Muhaimin senyum tawar, "Abah dah tak ada. Almost a year," ujar Alif Muhaimin.
"Oh," Doktor Rayyan terkedu, "I'm sorry,"
Alif Muhaimin menggeleng perlahan, "Tak apalah doktor. Kami tak kisah pun,"
"Kalau macam tu, saya keluar dulu, ya?" Doktor Rayyan menghulurkan tangan untuk berjabat dan Alif Muhaimin sambut tangan itu dengan baik.
Alif Muhaimin duduk di sebelah katil Fatima. Pipi wanita itu diusap perlahan, "Memang isteri abang ni kuat. Sangat-sangat kuat. Dapat suami macam abang ni pun dia kuat juga,"
Menjelang tengahari dia didatangi oleh seorang tetamu. Tetamu yang sepatutnya sudah pergi jauh tetapi membatalkan hasratnya itu apabila mendapat tahu Fatima kemalangan.
Nisa.
"Bos, kenapa bos buat kami macam ni? Kami sedih sebab bos dah lama tak datang butik," ujar Nisa apabila dia dan Fatima cuma tinggal berdua di dalam wad itu.
"Bos cepatlah bangun, saya tak boleh tengok bos macam ni. Fatima Az-Zahra yang saya kenal bukan macam ni. Fatima Az-Zahra yang saya kenal dia jenis tak duduk diam. Dia tak suka buang masa macam sekarang ni," akhirnya, air matanya tumpah. Sungguh sayangnya dia kepada Fatima.
"Sepatutnya, hari ni saya dah kena pergi Terengganu untuk sambung belajar. Tapi bila tengok bos macam ni, saya tak sampai hati nak pergi,"
Nisa yang sudah mengalir air mata itu mengusap tangan bosnya. Alif Muhaimin yang baru sahaja membuka pintu untuk masuk terdengar kata-kata Nisa hanya mendiamkan diri.
"Saya janji akan jaga butik, sampai bos sedar," tambah Nisa lagi.
Alif Muhaimin kemudiannya mencelah, "Nisa..."
Nisa menoleh, "Encik Alif," lantas dia mengesat air mata.
Alif Muhaimin meletakkan plastik makanan yang dibeli di atas meja kaki katil, "Saya nak minta tolong awak,"
"Tolong apa?"
"Tolong jagakan butik tu. Kalau awak nak saya double kan gaji awak pun saya sanggup. Awak sorang je yang saya boleh harap dan boleh dipercayai," pinta Alif Muhaimin.
Nisa senyum nipis, "Kalau Encik Alif tak suruh pun, memang itu niat saya. Saya tak jadi berhenti, dan tak akan berhenti selagi bos tak sihat," ujar Nisa.
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...