6. Merayu

5K 174 3
                                    

"Fatima, aunty balik dulu. Kalau ikutkan memang nak teman Fatima dekat sini. Tapi uncle ada kerja. Alif pula kena fly lagi lusa. Aunty minta maaf ya," Ujar Datin Zaleha kepada Fatima sambil memegang tangan Fatima di tangga rumah.

"Tak apa aunty. Selama seminggu aunty dekat sini dah banyak bantu kami," Ujar Fatima pula.

Kemudian Datuk Rosman pula datang ke arah mereka berdua, "Fatima,"

"Ya uncle?"

"Ini hadiah untuk Fatima," Ujar Datuk Rosman sambil menghulurkan sekeping cek.

Fatima meneliti isi cek tersebut lalu matanya membulat, "Untuk apa duit ni?"

Datuk Rosman senyum, "Hadiah untuk Fatima dan Kalsom. Gunalah untuk belanja barang rumah atau apa-apa yang patut,"

"Tapi, banyak sangat ni," Fatima rasa serbasalah untuk menerima cek tersebut.

"Tak apalah, sayang. Ambil je," Datin Zaleha menyampuk.

Sepuluh ribu ringgit. Untuk apa duit sebanyak itu? Perasaan serba salah menggunung dalam diri Fatima. Tetapi sedikit sebanyak telah mencalarkan egoku.

"Kami balik dulu ya," Ujar Datuk Rosman dan berlalu ke arah kereta.

Puan Kalsom pula tiba-tiba datang menerpa dengan membawa sebekas makanan, "Ini ada kuih lebih pagi tadi. Ambilah buat bekal makan dalam kereta," Dihulur bekas itu kepada Datin Zaleha.

"Terima kasih Som. Kami pergi dulu ya," Datin Zaleha menyalam Puan Kalsom sebelum dia menyalam Fatima.

Mata Fatima terpandang Alif Muhaimin yang sedang bersandar pada kereta, "Aunty,"

"Ya?"

"Tentang jawapan tu, Fatima minta masa seminggu. Boleh tak?" Soal Fatima meminta izin.

Datin Zaleha senyum, "Boleh. Ambilah berapa lama pun masa yang Fatima nak,"

Selepas bersalaman, Fatima memerhati mereka menuju ke kereta dan Alif Muhaimin yang bersandar di kereta mula menghidupkan enjin. Sempat mata Alif Muhaimin bertentangan dengan Fatima membuatkan Fatima rasa tidak selesa.

Sebaik bayang kereta hilang dari pandangan, Fatima dan Puan Kalsom masuk semula ke dalam rumah. Fatima meletakkan cek itu di dalam beg tangannya. Kemudian dia kembali ke ruang tamu dan membantu Syafika mengemas barang untuk pulang ke asrama petang ini.

"Cikgu tak marah ke Ika cuti lama-lama ni?" Soal Fatima kepada Syafikah.

Syafikah menggeleng, "Tak, lagipun this week minggu sukan, so tak belajar sangat. Tak banyak pun Ika tertinggal," Jawab Syafikah.

Fatima mengangguk, "Baguslah. Kemas semua petang nanti Kak Timah hantar balik asrama,"

Fatima kemudiannya meninggalkan Syafika mengemas barang seorang diri dan pergi ke dapur untuk membasahkan tekak. Terlihat Puan Kalsom mengemas perkakas dapur yang telah digunakan seminggu ini untuk majlis tahlil.

"Acu, Timah nak tanya ni,"

"Apa dia?"

Fatima menarik nafas dalam, "Patut ke Fatima kahwin dengan Muhaimin?"

Acu mengerut dahi, "Muhaimin?" Soal acu, bingung memikirkan siapa Muhaimin, "Oh Alif. Anak Datin Zaleha tu ya?"

Fatima mengangguk.

"Acu tak tau nak cakap macam mana dengan Fatima. Arwah abah nak sangat Fatima kahwin dengan Alif tu. Nampak baik budaknya," Puji Puan Kalsom.

Fatima menjuih bibir, "Baiklah sangat," Omel Fatima perlahan.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now