11. Rumah Baru

4.3K 188 3
                                    

Ternyata, rumah Alif Muhaimin tidaklah begitu jauh. Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit sahaja dari apartment Fatima. Dalam perjalanan itu juga Fatima hanya membisu. Cuma kedengaran suara dj dan penyanyi di corong radio.

Selepas kami menaiki ke tingkat yang ke lima belas, akhirnya kami berhenti di hadapan sebuah pagar putih. Rumah ini lebih mewah dari Fatima. Maklumlah, anak Datuk.

"So ini rumah aku, rumah kau juga," Ujar Alif Muhaimin apabila mereka berdua sudah menjejakkan kaki ke dalam.

"Cantik. Kemas," Puji Fatima ringkas.

"So, since we are married secara paksa, we need to do a rules,"

"Rules?"

Alif Muhaimin duduk di sofa dua, manakala Fatima melabuhkan punggung di sofa tiga menghadap telivisyen.

"Aku tak akan masuk campur urusan kau, dan kau tak perlu masuk campur urusan aku. Kalau kau nak keluar, just go. Tak perlu nak bagi tau aku kau nak ke mana,"

Fatima mengangguk faham, "Dapur? Saya boleh guna?"

Alif Muhaimin menggangguk, "Barang dalam dapur tu tak lengkap mana pun. Kau gunalah sesuka hati kau. Tapi ingat eh, aku tak suka rumah aku bersepah," Terang Alif Muhaimin lagi.

Fatima mengangguk lagi. Dia pun tidak suka rumahnya bersepah. Kalau Naziha lupa mengemas, akan dia memebebel dari pagi sampai ke malam.

"Erm, bilik?"

"Bilik aku yang tu. Pintu coklat," dia menunjukkan pintu bilik yang tidak jauh dari mereka, "Bilik kau pintu putih tu," Tambah Alif Muhaimin sambil menunjukkan sebuah lagi bilik yang berada di hadapan biliknya, "And yes, kita tidur asing,"

Memang sudah Fatima agak dari awal ini bakal berlaku. Tak apalah, lagipun Fatima masih belum bersedia untuk tidur dengan lelaki.

"Lagi satu tu bilik apa?" Soal Fatima.

"Yang tu bilik bacaan. Semua buku aku ada dekat situ. Kalau kau nak buat kerja or anything else, boleh masuk. Jangan sepahkan!"

Fatima mengangguk. Selesai, terus Alif Muhaimin masuk ke dalam biliknya. Fatima pula menarik bagasi bajunya untuk masuk ke dalam bilik.

Fatima terkejut, bilik itu serba lengkap. Katil bersaiz queen, almari baju yang sangat cukup jika Fatima membawa tiga bagasi baju dan almari solek yang mempunyai vanity mirror. Juga ada iron steam untuk menggosok baju.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Ya?"

"Aku lupa nak pesan. Iron ada satu je, yang tu," Dia tunjukkan iron steam itu, "So kalau aku nak guna, akan masuk bilik ni. Tapi since aku ada wife, aku akan suruh wife aku buatlah," Ujar Alif Muhaimin sinis.

Lalu dia pergi.

Fatima menutup pintu lalu dia kunci. Dia hempas beg tangannya ke katil. Sedikir geram dengan lelaki ini, "Kenapalah aku kena kahwin dengan kau?"

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

Naziha's Calling...

"Hello Timah,"

"Hello. Kenapa call aku? Dah rindu?"

Naziha ketawa, "Awal sangat tu. Dah sampai rumah suami kau? Okay tak?"

"Dah sampai dah. Tak adalah jauh mana dari rumah kita. Cuma tulah, nak ke butik tu jauh sikit," Beritahu Fatima.

"So kau nak pergi butik macam mana? Kereta kau ada dekat sini. Nak aku hantar esok?" Soal Naziha.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now