14. Rahsia Dia

5.6K 194 12
                                    

"Kau okay tak ni? Betul kau nak pergi juga Pahang tu?" Soal Naziha apabila melihat Fatima sudah mahu keluar dari rumah sambil membawa beg rodanya.

Fatima mengangguk, "Kalau aku tak pergi, macam mana staff aku nak handle event? Lagipun Aisya dah tunggu dah,"

"Aisya ikut?"

Fatima mengangguk, "Kejap lagi, lepas aku pergi rumah Muhaimin, aku pergi ambil Aisya dekat rumah mama,"

Naziha mengangguk, "Timah..."

"Hurm?"

"Kau jangan marah adik ipar kau, kalau dia sebenarnya tahu tentang hal ni. Kesian dia,"

Fatima termenung. Naziha tahu Bahawa Fatima ada pasang niat mahu bertanyakan hal ini apabila sudah tiba di Pahang nanti. Takut juga kalau Fatima melepaskan amarah kepada Aisya.

Fatima mengangguk perlahan, "Aku pergi dulu,"

Mereka berdua berlaga pipi sebelum Fatima keluar dari rumah.

###

Tiba sahaja di parking lot rumah Alif Muhaimin, dia rasa sungguh berat hati untuk naik ke atas. Dia benci untuk melihat wajah Alif Muhaimin kala ini.

By hook or by croke, Fatima perlu segera mengambil barang. Cepat dia ambil, cepat dia keluar, cepat dia akan sampai ke Pahang.

Apabila dia melangkah ke dalam rumah, dia terlihat Alif Muhaimin yang sedang duduk di sofa menyarung stokin di kaki. Segak berpakaian juruterbang, memandang Fatima yang masuk ke dalam rumah dan terus meluru ke bilik.

Fatima segera memasukkan beberapa barangnya ke dalam beg tote.

"Kau kata kau pergi Pahang?" Suara Alif Muhaimin memecah kesunyian bilik itu.

"Nak pergilah ni,"

Fatima terus bangun dari katil lalu dia keluar dari bilik. Bahunya melanggar bahu Alif Muhaimin perlahan.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau,"

"Saya nak pergi kerja,"

"Please," Alif Muhaimin menarik tangan Fatima yang sedang mencari kasut senakers di rak kasut.

"Saya dah lambatlah! Saya janji dengan bos nak kena ada dekat butik pukul sembilan. Now dah pukul lapan suku. Nak kena ambil adik awak lagi. Awak nak apa?!" Suara Fatima sedikit meninggi. Hatinya masih terbakar.

"Sekejap je. Please,"

Fatima menghela nafas, "Five minutes only," Lalu Fatima duduk di kerusi tinggi di kitchen island.

"Malam semalam, apa yang kau nampak itu semua betul. Kau cakaplah apa kau nak cakap, kau nak cakap aku gay, aku songsang, aku ahli neraka, silakan. Aku tak kisah,"

Fatima diam. Dia tidak pernah lagi terderik untuk melabel suaminya ahli neraka.

"Aku paksa untuk kau terima lamaran mama sebab semua ni. Sebab aku nak tutup aib aku sendiri. Aku tak nak mama hilang percaya dekat aku lagi,"

Fatima masih diam.

"Aku minta untuk kau tak bagitahu mama atau sesiapa pun tentang apa yang kau nampak. Kalau tak, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar dari rumah ni,"

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now