9. 1st Present

4.3K 184 4
                                    

Hati rasa berdebar. Lajunya tak terkata. Lagi beberapa minit Fatima akan dinikahkan. Dia berharap apa yang dipilihnya ini betul.

Tujuan dia minta untuk majlis dibuat kecil-kecil ini kerana dia tidak mahu orang ramai tahu. Walaupun butik Az-Zahra tidak semergah butik yang lain, tetapi sesiapa yang menjadi pelanggannya pasti akan kengenali Fatima. Sifatnya dapat menambat hati para pelanggan.

Mahu pula, hujung bulan ini dia akan ke Johor untuk menyertai festival terbesar di Malaysia. Jadi lebih ramai lagi orang akan mengetahui tentang perniagaannya.

"Fatima, jom keluar. Alif dah datang," Panggil Puan Kalsom. Fatima bangun perlahan-lahan.

Fatima memegang tangan Naziha kuat. Tangannya yang sejuk membuatkan Naziha memandangnya, "Kau kenapa? Sejuknya,"

"Ziha, aku... aku takut. Aku nervous,"

"Kau nak takut kenapa? Chill okay," Naziha menggosok belakang Fatima untuk menenangkan rakan karibnya.

"Aku takut kalau aku salah buat pilihan,"

Naziha berdecit, "Timah, kalau ini salah, Allah dah tunjukkan dari awal lagi. Follow the flow. Ini takdir untuk kau. So now jom, semua orang dah tunggu dekat luar,"

Naziha mengiring Fatima keluar dari bilik. Perlahan-lahan mereka berdua melangkah ke ruang tamu.

Jujur, hati Fatima berbunga apabila terlihat Alif Muhaimin memakai baju melayu putih krim dan bersampin songket. Songkok hitam tersemat kemas di kepala. Dia bakal menjadi imam Fatima sebentar lagi.

'Cantiknya,' Bisik Alif Muhaimin dalam hati. Baju mini kurung yang dipenuhi dengan lace sangat sepadan dengan Fatima. Selendang satin cukup menaikkan seri wajah Fatima.

Sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri. Hati Fatima sebak. Andai ibunya dan Encik Saiful masih ada, pasti dia gembira walaupun Fatima tidak rasa begitu.

"Timah, bagi tangan," Ujar Puan Kalsom.

Fatima tersedar dari lamunan. Baru perasan bahawa Alif Muhaimin sudah berada di hadapannya bersama dengan cincin emas dan dihiasi batu permata zamrud. Sesi pembatal air wudhuk ini cukup membuatkan Fatima rasa gemuruh.

Jari manis tangan kiri dihulur. Dengan senyuman manis Alif Muhaimin, dia sambut dan sarungkan cincin itu perlahan.

"Timah, salamlah," bisik Puan Kalsom perlahan.

Perlahan-lahan Fatima mencium tangan Alif Muhaimin. Sebaik Fatima mengangkat kepala, terus Alif Muhaimin mengucup dahi Fatima lama.

Air mata wanita itu mengalir perlahan. Tidak tahu itu air mata kegembiraan atau kesedihan. Entah mengapa dia rasa seolah-olah dia dengan rela hati masuk ke dalam sangkar harimau.

###

"Timah tak payah kemas apa-apa. Pergi masuk tidur nuh!" Arah Naziha.

"Eh kau ni. Baru pukul 10, nak tidur apanya. Dekat KL pukul 11 pun aku baru siap buat kerja," Bebel Fatima. Rimas dengan Naziha yang asyik menyuruhnya melayan Alif Muhaimin.

"Tu KL Timah, ni kampung. Lagi satu, tu kau bujang kan? Sekarang kau dah kahwin. So apa kata pergi masuk bilik sana. Layan suami tu," Ujar Naziha perlahan. Sengaja dia mengingatkan bahawa Fatima sudah berkahwin.

"Ish kau ni!" Fatiam terus angkat kaki berlalu pergi dari dapur.

"Jangan bangun tengahari pulak!" Usik Naziha lagi.

"Diam kau!"

Puan Kalsom dan Datin Zaleha sama-sama ketawa dengan Naziha apabila melihat gelagat Fatima.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now