Fatima akan berangkat ke Kedah lebih kurang satu jam lagi. Alif Muhaimin pula akan terbang ke China dalam dua jam. Fatima mengambil keputusan untuk menaiki pesawat kerana dia masih tidak berani untuk drive sejauh itu seorang diri. Jadi apabila tiba di Alor Star, Nisa akan menjemputnya.
Sengaja Alif Muhaimin jalan-jalan dahulu di KLIA itu untuk menemani Fatima sementara menunggu gate ke Alor Star buka.
"Sayang nak apa-apa tak?" soal Alif Muhaimin sambil tangannya memeluk bahu Fatima.
Wanita itu menggeleng, "Tak nak apa-apa. Nak abang je," ujar Fatima manja. Tangannya juga berada di belakang badan Alif Muhaimin.
"Eleh! Time abang ada tak nak pula manja-manja macam ni. Abang nak pergi baru nak menyendeng macam ni," sempat tangan kiri Alif Muhaimin mencuit hidung Fatima.
Fatima ketawa kecil.
Sedang mereka bersama jalan berdua, tiba-tiba ada seseorang datang menyapa Alif Muhaimin dari belakang. Mereka menoleh dan Alif Muhaimin senyum ke arah wanita tinggi lampai yang memakai baju pramugari berwarna biru.
"Eh Irdina. Lamanya tak jumpa you. You duty ke hari ni?" soal Alif Muhaimin. Tangannya masih lagi di bahu Fatima.
Wanita itu mengangguk, "Haah, I pergi China. You?"
"Kebetulan, also China,"
Irdina senyum lebar, "Seriously? Jodoh rasanya,"
Tiba-tiba suasana sedikit menjadi kekok. Fatima sedikit panas telinga mendengar kata-kata Irdina. Alif Muhaimin terkedu mendengarnya.
"Er... oh ya, this is my beloved wife. Sayang, ni Irdina. Kawan abang," ujar Alif Muhaimin untuk mengelakkan rasa kekok kembali keruh.
"Hai, Irdina," Irdina menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Tangan itu disambut baik, "Fatima Az-Zahra,"
"I thought this your little sister, Aisya. Muka you alls nampak sama," ujar Irdina.
"Orang kata muka sama tu jodoh. So ya," kata Alif Muhaimin.
"Sorry ya, I just bergurau je tadi," Irdina memegang tangan Fatima.
Fatima senyum nipis, "Tak apa,"
Tiba-tiba pengumuman untuk berlepas ke Kedah kedengaran. Segera mereka meminta diri kerana Alif Muhaimin mahu menghantar Fatima sebelum ke pintu balai berlepas.
"Take care sayang,"
"Take care too. Abang jangan nak menggatal dengan dia eh! Cubit nanti," Fatima memberi amaran.
"Siapa? Irdina?"
"Dah tu? Siapa lagi? Dia macam nak menggatal je!"
Alif Muhaimin ketawa, "Sayang, abang dengan dia kawan je. Kalau dia menggatal dengan abang pun, you don't have to worry. Abang sayang Zahra sorang je," sekali lagi hidung wanita itu dicuit.
Sedikit lega dengan kata-kata Alif Muhaimin, dia terus mengukir senyum, "Betul?"
"Betul!"
"Okay dah, bye," Fatima mengucup tangan Alif Muhaimin lama. Seperti biasa lelaki itu akan balas dengan kucupan di dahi.
Jumpa lagi.
###
"Saya nak order kejap lagi ya. Saya tunggu kawan saya dulu," pesan Aisya kepada pelayan itu.
Pelayan itu mengangguk sebelun dia berlalu pergi. Dia kemudian membawa keluar laptop sementara menunggu rakannya tiba untuk berbuka puasa bersama. Dia mahu membuat assignment yang perlu dia hantar selepas pulang ke Kelantan nanti.
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...