2. Penipuan

7.4K 241 18
                                    

Bunyi dentuman muzik cukup menghayalkan bagi siapa yang sudah terbuai dengan minuman keras. Sudah bercawan arak itu diteguk, tetapi stress yang datang bertandang masih lagi tidak mahu mengundur diri.

"Babe, kenapa you minum banyak sangat ni?" Suara lelaki lembut bertutur itu menarik perhatian Alif Muhaimin.

"I stress la. Mama I nak suruh I kahwin dengan perempuan kampung mana entah. Dah la kerja kerani ada hati nak dekat I yang kerja pilot ni," Alif Muhaimin membangga diri di hadapan Farees.

"I dah agak babe," Pipi Alif diusap, "You know what, I really miss you so much!" Ujar Farees menggoda.

"I miss you too," Sambut Alif sambil tangannya melingkar di pinggang Farees.

"Apa kata malam ni, you tidur rumah I. I bagi you hadiah. Nak tak, untuk you hilangkan stress you tu?" Bisik Farees di telinga Alif Muhaimin.

"Bodohlah kalau I cakap tak nak. Let's go baby," Alif Muhaimin terus meneguk baki air keras di dalam gelas dan terus menarik lengan Farees dan menuju keluar dari kelab itu.

###

Bas bertolak pukul berapa esok?" Soal Encik Saiful kepada Fatima yang sedang mengemas barang untuk pulang ke Kuala Lumpur esok.

"Pukul 10 pagi, abah,"

Encik Saiful menepuk peha Fatima, "Dah ada jawapan?"

Fatima memandang abahnya. Wajahnya penuh dengan harapan sungguh Fatima tidak sampai hati ingin menolak. Tetapi ini soal masa depan dia, tak akan dia akan menerima untuk berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cinta?

"Tak apalah, ambil masa banyak mana sekalipun. Abah masuk tidur dulu ya," Ujar Encik Saiful lalu terus keluar dari bilik Fatima menuju ke biliknya.

Fatima hanya mampu mengeluh. Dia tidak pernah terfikir perkara sebegini akan terjadi. Ingatkan dalam drama dan novel sahaja. Rupanya realiti juga begitu.

Esoknya selepas sarapan, Fatima terus bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Begnya diletakkan di dalam kereta Puan Kalsom kerana mereka akan sama-sama menghantar Fatima ke stesen bas di pekan.

"Timah naik dulu abah, acu," Fatima menyalam ayahnya selepas pengunguman untuk bertolak ke Kuala Lumpur sudah kedengaran.

"Jangan lupa beri jawapan. Kesian pihak sana menunggu lama," Ujar Encik Saiful. Fatima faham akan maksud ayahnya itu dan hanya mampu memberi senyuman.

"Jaga diri elok-elok Timah. Solat jangan tinggal," Pesan Puan Kalsom selepas dia mencium dahi Fatima.

"Acu jaga abah. Kalau ada apa-apa terus telefon Timah," Pesan Fatima pula.

Selepas meletakkan beg di bahagian bawah bas, terus Fatima naik ke dalam bas. Dia melambai ayahnya dari dalam bas dan serentak itu bas pun bertolak.

Apabila tiba di Terminal Bas Bersepadu Selatan, terus dia mencapai telefon di dalam beg tangannya mendail rakannya. Tapi lebih dari lima kali dia menelefon tetapi hanya masuk peti suara.

"Mana pergi perempuan ni?" Keluh Fatima apabila whats app yang dihantar hanyalah one tick.

Selepas 20 miss call, 5 mesej dan 30 whats app, akhirnya Fatima mengambil keputusan untuk menempah Uber. Lima minit menunggu, akhirnya pemandu yang ditempah tiba.

"Cik Fatima Az-Zahra?" Soal pemandu itu.

Aku angguk, "Ya saya," Sebaik itu, dia keluar dari keretanya lalu membuka booth. Beg rodanya diletakkan di dalam booth kereta dan terus Fatima masuk duduk di bahagian hadapan.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now