45. Tahu Semua

4.7K 207 30
                                    

Seminggu berlalu. Sejak kejadian di hadapan bilik itu, Alif Muhaimin tidak banyak bercakap dengan Fatima. Bukannya dia tidak mahu mencuba, tetapi Fatima yang seolah-olah tidak mahu melayan. Sepatah ditanya, sepatah dijawab membuatkan Alif Muhaimin patah semangat untuk berbual lebih.

Alif Muhaimin yang sedang bermain telefon di hadapan tv segera melangkah ke pintu bilik Fatima. Lalu pintu itu diketuk beberapa kali sehingga Fatima membuka.

Sebaik Fatima terlihat Alif Muhaimin berdiri di hadapan pintu biliknya, keningnya diangkat.

"Esok dah nak puasa,"

"Then?"

"Kita keluar nak? Beli barang dapur. Dah seminggu kita makan makanan dari kedai dekat luar tu. Abang rindu nak makan masakan Zahra,"

Fatima melepaskan keluh, "Awak pergilah sorang. Saya tak larat,"

Alif Muhaimin menggeleng, "Tak nak! Abang nak Zahra teman,"

"Awak ni sejak bila jadi macam ni? Dulu awak tak suka saya masak, awak tak suka saya masuk campur urusan awak. Sekarang awak ajak saya keluar pula ni kenapa?"

"Kan abang kata, tu dulu,"

Sekali lagi Fatima melepaskan keluh, "Saya tak nak ikut. Saya nak duduk rumah,"

"Jomlah. Lagipun dah nak masuk tengahari. Kita pergi lunch sekali, ya?"

Dengan hati yang berat Fatima menutup pintu tetapi di halang Alif Muhaimin, "Lepaslah pintu,"

"Nak ikut tak?"

"Macam mana saya nak tukar baju kalau awak tak lepas pintu?" soal Fatima. Geram.

Alif Muhaimin senyum. Lalu dia tarik semula tangannya dari menghalang pintu, "Okay. Tapi, Zahra tak payah malu la. Sebab abang dah pernah tengok semua," usik Alif Muhaimin nakal sebelum dia kembali ke biliknya.

Fatima meregus. Terasa bahang di wajahnya lalu dia menghempas pintu sedikit kuat.

###

Fatima hanya mengikut sahaja belakang Alif Muhaimin yang sedang menolak troli. Berjalan sambil berpeluk tubuh. Memandang semua tempat dengan pandangan kosong. Sesekali dia membelek-belek barang-barang dapur yang perlu.

"Zahra nak masak apa?"

Fatima angkat bahu.

"Nak masak tak?"

"Kalau awak nak makan, saya masaklah,"

Alif Muhaimin senyum, "Kalau macam tu, abang nak makan asam pedas. Boleh?"

"Saya tak pandai,"

"Tak payah tipulah," tiba-tiba sahaja Alif Muhaimin mencuit hidung Fatima, "Zahra pernah masak asam pedas masa kali pertama kita jumpa dekat kampung," lalu terus dia menolak troli ke tempat ikan.

Kemudian, dengan sendirinya Alif Muhaimin mengambil plastik dan memasukkan beberapa ketul ikan pari.

"Kenapa ambil ikan pari?" soal Fatima.

Alif Muhaimin senyum, "Kan Zahra suka ikan pari,"

"Mana awak tahu?"

"Kan abang dah kata, I know everything about you,"

Fatima mengerut dahi lalu dia memandang Alif Muhaimin, "Saya nak minta tolong awak satu benda,"

"Apa dia?"

"Cerita dekat saya semuanya,"

###

Selepas mereka makan malam, mereka duduk di hadapan telivisyen. Fatima dari tadi duduk sambil memeluk bantal kecil. Alif Muhaimin pula hanya tunggu Fatima bersuara. Sengaja dia diam, mahu Fatima memula bicara.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now