42. Tiada Kejutan

5K 229 18
                                    

"Macam mana keadaan isteri saya doktor?" soal Alif Muhaimin kepada Doktor Rayyan yang ditugaskan untuk merawat Fatima yang sedang koma.

"Alhamdulillah Fatima sudah melepasi tahap kritikal 24 jam selepas pembedahan," jawab Doktor Rayyan.

Semua yang berada di situ mengucap syukur. Semalam Puan Kalsom dan Syafika tiba di Kuala Lumpur apabila mendapat tahu bahawa Fatima terlibat dalam kemalangan. Hatinya sungguh risau dan berharap tiada apa-apa yang berlaku pada Fatima.

"Sengaja saya biarkan Fatima dalam keadaan separa sedar sehingga sekurang-kurangnya bengkak di kepalanya sedikit surut,"

"Dia akan okay kan, Rayyan?" soal Puan Kalsom.

Alif Muhaimin memandang Puan Kalsom. Cara dia bercakap, seperti dia sudah kenal lama dengan doktor lelaki ini.

Doktor Rayyan senyum nipis, "InsyaAllah. Fatima yang saya kenal dia kuat. She's a warrior. Cuma saya minta supaya semua doakan dia cepat sedar dan kalau boleh bercakaplah dengan dia untuk memberi moral support," beritahu Doktor Rayyan. Kemudian dia memandang Alif Muhaimin, "Epecially, her husband,"

"Saya boleh temankan dia hari ni?" soal Alif Muhaimin.

"Boleh tapi jangan lama-lama. Tubuh dia perlukan rehat yang secukupnya. Dia hilang banyak darah, tambah-tambah pula...." kata-kata Doktor Rayyan terhenti.

"Kenapa doktor?"

"Dia keguguran...."

Semua disitu terkejut. Sangat-sangat terkejut mendengar berita dari doktor. Alif Muhaimin terpampang, terkelu lidahnya apabila mendengar berita Fatima keguguran tanpa tahu bahawa isterinya sedang hamil. Dia jatuh terduduk.

"Saya minta maaf," tambah Doktor Rayyan yang sedikit hiba melihat Alif Muhaimin yang sudah melepaskan tangis.

"Tak apa doktor. Kami percaya semua ni ada hikmah. Yang penting menantu kami selamat," ujar Datuk Rosman.

Doktor Rayyan senyum tawar, "Saya minta maaf juga, saya cuma mampu benarkan Encik Alif melawat Fatima dalam masa 10-15 minit sahaja. Bagi dia rehat ya?"

Alif Muhaimin mengangguk, "Terima kasih doktor,"

Doktor Rayyan keluar dari wad itu.

"Kami tunggu Alif dekat luar ya," ujar Datin Zaleha.

Mereka semua keluar dari bilik wad itu meninggalkan Alif Muhaimin bersendirian bersama Fatima. Alif Muhaimin mengenggam tangan Fatima lalu dikucup lama, "Sayang... Abang dekat sini..."

"Abang minta maaf. Abang patut halang sayang keluar dan bagi sayang dengar dulu penjelasan abang,"

Alif Muhaimin membelai pula pipi Fatima, "Sayang dah janji tak akan tinggalkan abang, kan? Bangun please,"

Alif Muhaimin sudah tersedu sedan menahan tangisan, "Zahra dengar kan tadi doktor kata apa? I'm so sorry. Kalau bukan sebab abang, mesti baby tu selamat. Mesti kita tengah gembira sekarang, kan?"

Walaubagaimanapun Alif Muhaimin menutur kata maaf, Fatima masih lagi tidak bangun dan sedarkan diri. Dia masih terbaring di atas katil. Lebam kebiruan dikepalanya masih lagi kelihatan.

"You know what, abang dah tempah tiket flight ke Maldive next week. Untuk kita honeymoon. Kan sayang kata sayang teringin nak pergi pantai," ujar Alif Muhaimin lagi.

"Zahra, bangunlah. I'm talking to you!" berjujuran air mata mengalir dari mata lelaki itu apabila melihat Fatima yang tiada respon.

Alif Muhaimin melingkari tangannya pada pinggang Fatima, "Abang rindu Zahra. Rindu sangat-sangat. Bangunlah please. Zahra dah janji tak akan tinggalkan abang sorang-sorang," ujar dia dalam tangisan.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now