51. Bukan Yang Terbaik

5.6K 222 22
                                    

"Itu pun kalau awak jujur dengan saya,"

Kata-kata Fatima membuatkan Alif Muhaimin rasa tercabar. Dia tidak mahu tunjuk dia seorang lelaki yang pengecut. Dia sedar dia patut bertanggungjawab di atas semua perkara yang telah berlaku.

Alif Muhaimin mengangguk kepalanya perlahan, "Okay. Kalau itu yang awak nak, saya akan buat,"

Fatima memandang Alif Muhaimin lalu dia senyum nipis, "Go on,"

Terus lelaki itu berjalan menuju ke pintu bilik. Tetapi sebaik kaki Alif Muhaimin melangkah keluar, Fatima melepaskan tangisan. Sesungguhnya dia tidak sanggup untuk menyuruh Alif Muhaimin melakukan itu.

Perkara itu seolah-olah sedang membuka aib suaminya sendiri. Tetapi disebabkan perasan untuk percaya itu telah terhakis, dia terpaksa juga berbuat demikian untuk membina semula sebuah takhta kepercayaan buat sang suami.

Lama Fatima terbaring di katil sedang melayan perasaan. Air mata tak henti-henti mengalir. Otak ligat berfikir apa yang terjadi di bawah. Tiba-tiba terdengar suara Datuk Rosman dari ruang tamu sedang marah. Segera Fatima bangun dari katil mahu menuju ke bawah.

"Papa tak pernah ajar anak papa jadi macam ni!" Datuk Rosman mula mengamuk sebaik Alif Muhaimin selesai cerita dan memberitahu perkara sebenar selepas dicabar oleh Fatima.

"Dengan siapa kamu berkawan?! Siapa lelaki yang berliwat dengan kamu?! Ha?!" Datuk Rosman mula menolak-nolak bahu anak lelakinya

Alif Muhaimin hanya mampu duduk melutut. Kepalanya menunduk dan matanya dihala ke lantai. Tidak pernah dia melihat papanya marah sebegini rupa. Dia mengaku ini semua salah dirinya kerana sudah tersilap langkah dari mula lagi.

"Kamu tak kesian dekat Fatima? Kamu tak kesian dekat kami? Aku tak tau apa salah yang aku dah ajar pada kamu sampai kamu jadi macam ni!" Datuk Rosman mula menolak-nolak badan Alif Muhaimin sambil dia memukul perlahan.

Sakit, tapi tidak pedih.

Alif Muhaimin melihat Datin Zaleha. Dia mengelap air matanya sendari tadi. Mungkin teramat kecewa dengan sikap anaknya yang begini.

'Menyesalkah mereka dapat anak sepertiku,'

Mata Alif Muhaimin menoleh memandang Aisya sekilas. Wajahnya sudah merah, 'Maafkan abang Aisya, abang tak layak jadi abang Aisya,'

"Alif minta ampun papa. Sumpah Alif dah tak buat demi semua orang. Alif betul-betul dah berubah!" dia masih cuba untuk bersuara apabila dia rasakan sentuhan tangan papa itu mula rasa pedih kerana dipukul berulang kali tanpa henti.

"Kamu patut minta maaf pada Fatima! Sebab kamu dia kemalangan dan jadi macam tu!"

Semakin kuat pukulan pada badan Alif Muhaimin.

"Alif minta maaf!" rayu dia lagi.

"Papa!" Alif Muhaimin terlihat Fatima di tangga rumah agam ini sambil dia berlari anak menuju ke arah suaminya. Pukul Datuk Rosman pada Alif Muhaimin juga terhenti.

"Papa, jangan buat macam ni dekat suami Fatima,"

Alif Muhaimin pandang Fatima. Rasa terharu bersarang di hati, "Abang minta maaf,"

Fatima menggeleng. Wajahnya sudah merah dan air mata deras mengalir, "Saya minta maaf. Saya tipu awak,"


"Ha?"

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now