10. New Life

4.9K 144 5
                                    

"Terima kasih Kak Timah, Kak Ziha," Ucap Syafika apabila sudah tiba di hadapan sekolahnya.

"Sama-sama, belajar rajin-rajin tau," Pesan Nkaziha sambil mengeluarkan beg baju dari booth kereta.

Syafika mengangguk sambil dia menyalam Naziha dan Fatima.

Esok bermulalah hari persekolahan, jadi Naziha menawarkan diri untuk menghantar Syafika ke asrama. Sambil-sambil tu, boleh mereka membawa Aisya jalan-jalan di pekan.

Selepas menghantar Syafika, mereka bertiga terus bergerak ke pekan. Aisya ingin mencari buah tangan untuk diberi kepada rakan-rakannya di Kelantan. Fatima pula sudah lama tidak berjalan di kampungnya ini.

"Ziha, kau ingat tak dulu kita selalu makan cendol dekat kedai tepi jalan tu?" Soal Fatima. Teringat ketika mereka di zaman persekolahan.

"Kedai ayah Iqbal tu kan? Aku ingat weh! Lepas sekolah je kita pergi kedai tu naik basikal. Ada lagi tak eh kedai tu?"

"Tak tau la. Jom kita pergi tengok," Ajak Fatima.

Naziha hanya turuti dan terus memandu kereta ke arah kedai tempat mereka selalu melepak selepas sekolah dahulu.

Selepas 15 minit perjalanan mereka, akhirnya mereka jumpa juga kedai yang dicari. Banyak perubahan. Semakin besar dan tempat duduk semakin banyak.

"Weh dah besar dah kedai ni. Tapi owner dia masih sama ke?" Soal Naziha.

Fatima angkat bahu, "Entah. Aku dah lama tak contact Iqbal. Tak apalah, kita makan je la. Jom Aisya," Ajak Fatima.

Mereka bertiga duduk di meja, "Dulu dekat sini ada cendol dengan rojak je, sekarang ada apa eh?" Soal Naziha. Sungguh rindu nostalgia ketika mereka di zaman sekolah.

"Kedai dah besar ni, mestilah up sikit, kan?"

"Weh! Deknon!" Mereka terdengar suara itu dekat dengan meja. Seorang lelaki menghampiri mereka bertiga.

"Eh Iqbal!"

"Fuh! Lama tak jumpa! Korang sihat ke ni?" Soal Iqbal, lalu dia duduk di sebelah Naziha berhadapan Aisya.

"Nampak boleh berjalan ni, of course lah sihat. Dah besar dah eh kedai bapak kau ni," Ujar Naziha.

"Alhamdulillah, rezeki lebih. Aku bagi duit dekat bapak aku suruh renovate. Sebab sekarang ni malam pun kedai buka," Jawab Iqbal.

"Malam pun buka?" Fatima terkejut. Kalau dulu, pada waktu pagi sampai pukul empat petang sahaja.

"Malam masakan panas, adik aku yang handle. Pagi sarapan, roti canai apa semua kakak aku yang handle. Masuk tengahari, rojak, cendol dengan ABC, mak dengan bapak aku yang urus," Terang Iqbal panjang.

"Dah pagi kakak kau, tengahari mak bapak kau, malam adik kau. Habis kau jaga waktu bila?" Soal Fatima.

"Excuse me! Kalau lupa aku siapa? Akauntan okay!" Iqbal membangga diri.

"Oh lupa! Dia la yang dapat A+ setiap kali exam tu," Sindir Naziha.

"Ha tau pun!" Iqbal terpandang Aisya yang dari tadi diam sahaja, "Ni siapa?"

"Adik ipar Timah," Jawab Naziha.

"Adik ipar?! Bila kau kahwin?!" Soal Iqbal sedikit kuat sehingga meja sebelah memandang dia.

"Ish perlahan sikit. Tiga hari lepas aku nikah. Buat kecil-kecil je,"

"Sampai hati kau eh, tak jemput pun. Siapa laki dia? Hebat sangat ke?" Soal Iqbal kepada Naziha.

"Pilot,"

Mata Iqbal membulat, "Pilot? Untunglah, kalau abang pilot, adiknya apa?" Usik Iqbal dekat Aisya.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now