Setiap pagi seperti biasa, Fatima akan sentiasa menyediakan sarapan. Biasanya Fatima akan keluar rumah dahulu. Tetapi memandangkan hari ini Alif Muhaimin akan terbang ke Jepun, jadi mereka berdua sama-sama bersarapan.
"Berapa lama awak tak ada?" soal Fatima.
"Empat hari," ujar dia sambil mengunyah makanan.
Sedang Fatima bersarapan dia teringat akan sesuatu, "Saya ada benda nak bagi dekat awak,"
"Apa?"
Fatima meninggalkan Alif Muhaimin seketika. Tak lama kemudian, Fatima keluar semula dari bilik sambil di tangannya terdapat senaskah buku.
"Saya nak awak baca buku ni. Dan praktikkan," pinta Fatima sambil menghulurkan buku tersebut pada Alif Muhaimin.
"Cara-cara solat?"
Fatima mengangguk, "Tulat saya kena pergi Johor. Alang-alang tu saya nak singgah jenguk acu. So, lebih kurang dalam tujuh hari kita tak akan jumpa,"
"Okay then?"
"Saya nak awak imamkan saya solat lepas saya balik nanti. Boleh?" pinta Fatima.
Alif Muhaimin tergamam, "Imamkan kau solat?"
Fatima mengangguk, "Itu je permintaan saya. Kalau kita berpisah nanti, sekurang-kurangnya saya dapat rasa jadi makmum awak," ujar Fatima perlahan.
Perlahan-lahan Alif Muhaimin membelek buku itu. Diletakkan di tepi sebelum dia sambung bersarapan, 'Buat masa sekarang ni aku belum rasa nak ceraikan kau Zahra,'
"Saya cuma cakap, kut-kut jodoh kita tak panjang," ujar Fatima tiba-tiba.
Alif Muhaimin kerut dahi, 'Eh? Dia ni boleh baca fikiran aku ke?'
"Dah siap? Saya nak basuh pinggan,"
Alif Muhaimin mengangguk lalu dia hulurkan pinggan kepada Fatima. Dia meneguk baki susu yang tinggal. Kemudian dia ke arah bilik. Mengambil beg pakaian dan tali leher yang masih belum disumpulkan di lehernya.
"Tolong pakaikan," pinta Alif Muhaimin sambil menghulurkan tali leher hitam itu kepada Fatima.
Fatima yang baru sahaja kemas dapur hanya tersenyum sambil menyambut tali leher itu.
Mata Fatima hanya fokus dengan simpulan tali leher itu. Sehinggalah otakknya terlayar satu memori.
"Ish abang ni ngada-ngada lah!" rungut Fatima.
"Alah nak manja-manja dengan adik abang ni pun tak boleh," Muhaimin memuncung.
Fatima ketawa kecil, "Okaylah! Kalau bukan dengan Zahra, dengan siapa lagi abang nak bermanja kan?"
Fatima pun ligat menyimpul tali leher itu di leher abangnya. Segak berpakaian kemeja putih bersama coat hitam di tangan.
"Zahra suka tengok abang pakai baju ni,"
"Kenapa?"
"Nampak handsome,"
"Ada-ada je Zahra ni," Muhaimin mencuit hidung adiknya, "Zahra..."
"Ya?"
"Kalau apa-apa jadi dekat abang, Zahra tengokkan abah, ya?" pesan Muhaimin.
"Apa abang merepek ni? Minggu depankan kita nak balik kampung jenguk abah,"
Muhaimin senyum kecil, "Abang takut tak boleh,"
"Kenapa tak boleh pula? Kan abang kata abang free. Zahra dah cakap dah dekat kawan, cancel study group sebab nak balik kampung jenguk abah," ujar Fatima.
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...