36. Ikut Belakang

6.6K 213 17
                                    

"Eh? Buat apa dekat sini?" soal Naziha apabila dia terkejut melihat Fatima yang tiba-tiba muncul di depan rumah.

"Muhaimin ada hal. So after pergi balai tadi dia hantar aku dekat sini," ujar Fatima lalu dia melangkah masuk, "Acu mana? Dah balik?"

Naziha mengangguk, "Dah, pagi tadi aku hantar dia dengan Ika pergi TBS. Then aku pergi supermarket, time tu la aku nampak si pondan tu!"

"Dia seorang?"

Naziha mengangguk, "Tak sekarang ni yang aku tak faham, liciknya si Farees tu. Dah sebulan kut! Kenapa polis tak dapat jumpa dia lagi?"

Naziha menghulurkan air kepada Fatima apabila dia keluar dari dapur.

"Entahlah, aku malas nak fikir. Tapi aku risau sangat apa akan jadi kalau Muhaimin tak ada nanti. Lusa dia kena pergi New York," ujar Fatima. Jelas riak takut dan risau di wajahnya.

"Tak apa, aku boleh tolong hantar ambik kau dekat butik. Kau tidurlah sini," pujuk Naziha.

"Memang itu pun plan aku dengan Muhaimin,"

Naziha mengangguk, "Eh by the way, kau tak pergi butik hari ni?"

Fatima menggeleng, "Kitorang pergi klinik. Ambil result HIV,"

"Ha?! HIV?"

Fatima menoleh memandang Naziha. Dia serba salah mahu cerita atau tidak, "Aku kena cerita ke?"

"Alaa ceritalah beb!"

"Actually aku dah janji dengan dia, kalau tangan dia betul-betul dah baik baru kitorang 'bersama'. Then after a few weeks, tangan dia dah baik tanpa aku sedar...."

"So maksudnya? Kau masih anak dara?"

Fatima mengangguk.

"Okay lepas tu?!" Naziha dengan senyum di bibir menggoncang tangan Fatima. Ingin tahu lebih lanjut.

Fatima menarik nafas dalam, "Bila dia nak tu, aku terpaksa la tolak,"

"Why?"

"Sebab kita tak buat HIV test lagi. Kalau ikutkan sebenarnya aku nak bawa dia pergi sebelum tangan dia baik. Tapi aku busy. Busy dengan event semua tu," jawab Fatima, "Minggu lepas baru pergi buat blood test, then ambil result pagi tadi,"

"Then the result is?"

Fatima senyum, "Alhamdulillah, negatif,"

Naziha sengih lalu dia cuit bahu Fatima, "Habislah kau malam ni,"

Fatima memukul peha Naziha, "Kau janganlah takutkan aku!"

Naziha ketawa berdekah sambil dia menggosokkan pehanya yang pedih dipukul Fatima tadi. Suka sangat menyakat si Fatima ni.

###

Fatima mengemas segala perkakas dapur yang dia gunakan untuk memasak makan malam tadi. Alif Muhaimin pula sedang membantu Fatima mengelap meja. Sesekali dia mandang Fatima.

"Sayang, esok pergi butik?" soal Alif Muhaimin tiba-tiba.

Fatima mengangguk, "Tapi lambat sikit sebab nak terus pergi jumpa supplier,"

"Pukul berapa?"

"Sepuluh, maybe,"

Apabila siap mengemas, Fatima memandang Alif Muhaimin lalu kening dia angkat, "Why?"

Lantas Alif Muhaimin menggeleng. Bibirnya tak henti-henti ukir senyum. Senyum yang ada makna.

"Why you so creepy?" soal Fatima lalu dia berlalu pergi tinggalkan Alif Muhaimin. Dia labuhkan punggung di sofa.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now