"Eh? Tak ada cili?" Omel Fatima seorang diri.
Dia terlupa untuk membeli cili padi semalam. Dia baru sahaja mahu membuat nasi goreng pedas untuk sarapan pada pagi ini. Tak apalah, nasi goreng biasa pun okay apa.
Selesai memasak, Fatima terus hidangkan di kitchen island.
Fatima kerlih jam di ruang tamu, "Dah pukul lapan ni. Tak bangun lagi ke?"
Fatima berkira-kira untuk ketuk pintu bilik Alif Muhaimin. Katanya malam tadi, penerbangannya pada pukul sepuluh. Dia masih lagi ragu-ragu ingin mengetuk pintu bilik itu.
"Ketuk je la,"
Baru dia hendak mengetuk, pintu sudah terkuak.
"Kau buat apa depan bilik aku?" Soal Alif Muhaimin sambil dahinya berkerut seribu.
"Err, saya ingatkan awak tak bangun lagi. Saya dah siapkan breakfast," Ujar Fatima lalu terus Fatima berlalu ke dapur.
Fatima tuangkan susu ke dalam gelas. Matanya tak henti-henti memandang Alif Muhaimin yang segak berbaju seragam putih dan berseluar hitam. Dia sangat suka melihat Alif Muhaimin memakai seragam itu. Nampak sungguh kacak.
"Kau kenapa tengok aku?"
Fatima terhenti lamunan. Dia gelengkan kepala, "Tak ada apa. Awak nak makan? Saya buat nasi goreng je. Tapi tak pedaslah sebab semalam saya lupa nak beli cili,"
"Aku tak makan pedas,"
Fatima mengangguk, "So nak makan ke tak?"
Alif Muhaimin memandang nasi goreng yang terhidang. Dia telan air liur, 'nampak sedap,'. Dia terus duduk "Bolehlah,"
Fatima terus mencedok nasi goreng itu di dalam pinggan dan diletakkan di hadapan Alif Muhaimin. Dia mengambil sudu lalu dia suapkan semulut nasi goreng.
'Boleh tahan perempuan ni masak,'
Fatima juga duduk dan turut bersarapan bersama. Sepatutnya dia perlu gerak sekarang. Dia ingin ke rumahnya dahulu untuk mengambil kereta. Sepanjang Alif Muhaimin tidak ada, dia mahu meletakkan keretanya di sini. Lebih mudah untuk dia ulang alik ke butik.
"Awak, nanti saya nak kad akses masuk parking boleh?"
"Kau nak buat apa? Bukan ada kereta pun,"
"Naziha dia kena fly pergi Singapura. Jadi dia bagi saya pinjam kereta dia," Ah membohong lagi.
"Kau nak ambil kereta dia bila?"
"Kejap lagi. Hari ni saya half day. Saya pergi balik rumah dulu ambil kereta dia,"
"Nak pergi naik apa?"
"Grab maybe,"
"Tak payah. Cepat makan, lepas tu aku hantar,"
Fatima memandang Alif Muhaimin, "Betul?"
"Ya. Nanti kawan kau kata aku ni suami tak guna pula. Dah cepatlah pergi siap,"
Fatima segera menghabiskan makanan di dalam pinggannya. Selesai, dia membasuh kedua-dua pinggan lalu dia terus bersiap memakai tudung. Beg dicapai lalu terus dia ke ruang tamu semula. Terlihat Alif Muhaimin sedang duduk di sofa memakai stokin.
"Dah?"
Fatima angguk.
Dia mencapai kunci kereta. Topi yang tadi dia kepit di lengan, dia letakkan di atas kepala Fatima, "Bawakkan,"
Fatima yang terpingga-pingga terus ikut Alif Muhaimin keluar rumah sambil dia mengunci pintu.
Alif Muhaimin memberhentikan keretanya sebaik sahaja tiba di hadapan apartment Fatima.
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...