"Saya pergi dulu," ujar Fatima sambil dia mencapai beg tangannya.
Semalam, setelah selesai masukkan air. Fatima singgah dahulu ke cafe. Nasib baik dalam poketnya ada RM5. Boleh dia beli roti dan juga air untuk mengalas perut. Masuk sahaja ke dalam bilik, Alif Muhaimin sudah pun lena.
"Zahra..." panggil Alif Muhaimin sambil dia mencapai tangan Fatima.
"Ya?"
"Aku ada benda nak cakap,"
"Apa?" Fatima melabuhkan punggu di kerusi sebelah katil.
"Kenapa kau macam ni? Apa salah aku?"
Fatima menggeleng, "Awak tak ada salah apa-apa pun,"
"So? Kenapa kau tak nak bercakap dengan aku? Masa aku denggi dulu, hari-hari kau bercakap dengan aku. Tapi sekarang, kau nak tengok muka aku pun tak nak. Kenapa?"
Fatima mengeluh, "Tak ada apa yang saya nak cakap dengan awak Muhaimin,"
"Ada!"
"Muhaimin...."
"Aku tahu kau kecil hati dengan aku masa dekat rumah mama. Aku tak ada niat pun. Aisya dah cerita semua dekat aku,"
Fatima memandang Alif Muhaimin, "Aisya cerita apa?"
"Zahra... aku tak ada niat langsung nak cakap macam tu. Dan aku tak akan lepaskan kau," ujar Alif Muhaimin.
Fatima menggeleng, "Awak sendiri yang cakap dulu. Awak nak berubah sebab mama. Mama pun dah maafkan awak, kan? Saya rasa awak dah boleh nak lepaskan saya,"
Alif Muhaimin meraut wajahnya, "Mama sayangkan kau. Aku tak akan lepaskan kau,"
"See? Awak simpan saya sebab mama. Bukan sebab awak sendiri. Muhaimin, daripada saya dengan awak sakit, lebih baik kita berpisah," setitis air mata jatuh. Saat ini, pasti tiang arash sedang bergegar.
"Tak!"
"Apa yang tak? Muhaimin sudahlah. Saya dah lambat, saya nak pergi kerja. Assalamualaikum," ujar Fatima lalu terus dia keluar.
"Waalaikumusalam," jawab Alif Muhaimin perlahan. "Macam mana aku nak cakap dengan kau yang aku sayangkan kau? Sangat-sangat sayang," ujar Alif Muhaimin perlahan saat Fatima sudah hilang dari biliknya.
###
Fatima mengambil keputusan untuk tidak masuk ke butik hari ini. Dia mahu tenangkan fikiran. Tambah-tambah pula semalam dia sudah pengsan. Lebih baik dia berehat dari berfikir dahulu.
Sebaik tiba di sebuah cafe, dia duduk dan order secawan coffee. Tempat duduk dia pilih yang agak tertutup. Dia tak nak dia diganggu oleh suara-suara orang lain.
Sambil-sambil itu, dia buka laptopnya. Mahu menyiapkan beberapa tugasa. Itulah Fatima. Hati kata mahu berehat, tetapi otak tetap mahu berkerja.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama Naziha tertera.
"Hello Ziha,"
"Timah kau dekat mana? Hospital ke?" soal Naziha apabila mendengar suara Fatima.
"Eh tak. Aku dekat luar ni. Kenapa nak jumpa aku ke?"
"Eh tak, aku ingat nak melawat husband kau. Tapi kau tak ada pula, tak jadilah aku pergi," kata Naziha.
"Eh tak apa pergi je. Lagipun aku ada dekat cafe area hospital. Tengah breakfast before aku nak pergi butik,"
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...