34. Rumah dan Kereta

5.8K 238 13
                                    

Fatima terkelu. Dia fikir Alif Muhaimin akan mengalah. Tetapi tidak, Alif Muhaimin sangat kurang bersuara malam ini dan sangat jelas riak Alif Muhaimin yang marah. Entah kenapa tiba-tiba datang perasaan sebak di hati.

Ingin menangis.

Fatima menutup segala suis lalu dia menuju ke dalam biliknya. Dia terus berbaring di katil dan menarik selimut selepas dia menutup pintu rapat. Air matanya tumpah dengan deras.

'Ya Allah, aku harap sakit ini tak lama,' bisik dia dalam hati. Ingin pujuk diri sendiri.

Alif Muhaimin berdiri di tepi tingkap sebaik dia masuk ke dalam. Suasana malam yang dilihat itu membuatkan dia rasa sedikit tenang. Dia sendiri tak tahu apa patut dia rasa sekarang.

"Memang aku kecewa, tapi aku tak boleh nak salah semua perkara dekat dia," omel Alif Muhaimin seorang diri.

"Apa yang dia buat tu betul. Aku tak patut marahkan dia,"

Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu bilik tertutup. Dia yakin pintu bilik Fatima.

"Mesti dia sedih sebab aku layan dia macam ni,"

Alif Muhaimin duduk di katil. Dia tekup wajahnya dengan tangan. Ditipu hidup-hidup memang sakit. Tambah-tambah pula dengan isteri sendiri. Dia perlukan ketenangan.

Sejadah di hampar sebelum takbir diangkat.

###

Jam sudah menunjukkan dua pagi. Mata Fatima masih tidak terlelap. Matanya masih berair. Terasa sakit apabila diabaikan begitu. Dia juga turut bangun mengambil wudhuk.

Selesai solat tahajjud 2 rakaat, dia solat pula hajat 2 rakaat. Hatinya masih tidak tenang. Air mata masih lagi mengalir dengan deras. Bermacam-macam doa yang dia pinta supaya dia dan Alif Muhaimin berbaik semula seperti sediakala.

Dia mengambil keputusan untuk keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Dia cuci wajahnya di singki. Gelas dia ambil dan dia isi dengan air sejuk. Dia mahu cuba tenangkan hati dengan air itu.

Tetapi sebaik air itu habis diteguk, perasaan gundah gulana datang lagi. Sekali lagi air matanya tumpah. Cuba untuk dia tidak mengeluarkan bunyi suara. Takut didengar Alif Muhaimin kerana pintu bilik lelaki itu sedikit terbuka.

Dia cuci gelas yang diguna lalu dia sekali lagi membasahkan muka. Namun apabila paip ditutup dan kesepian menghentam jiwanya air matanya tumpah lagi. Sudah lama dia tidak dia rasa sesakit ini. Dia perlukan satu kekuatan. Tangan diletakkan di dada, dia masih lagi sebak.

Sehinggalah apabila ada sepasang tangan yang muncul dari arah belakang melingkari pinggangnya. Sedikitpun dia tidak terkejut. Malah memang dia mengharapkan akan ada satu kekuatan yang datang untuk memeluknya.

Ya itu Alif Muhaimin.

"Zahra..." apabila namanya disahut, terus Fatima memusingkan badan.

Dipeluk juga tubuh lelaki itu erat, "Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. Tak ada langsung niat saya untuk tipu awak, untuk memperbodohkan awak depan semua orang, saya cuma..."

Lantas Alif Muhaimin meletakkan jari telunjuknya pada bibir Fatima, "Shhh,"

Fatima mendongak memandang Alif Muhaimin.

"Apa yang sayang cakap tu semua betul. Kalau sayang tak buat semua ni, mungkin abang tak akan berubah. Abang mungkin masih jadi Alif Muhaimin yang dulu," bisik Alif Muhaimin. Tangannya masih lagi melingkari pinggang Fatima.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now