Selepas hampir 5 jam bersama dengan Mr Josh, berbincang segala perkara yang perlu. Mr Josh sempat menunjukkan koleksi dan idea yang mahu berkolaberasi bersama dengan Zahmin Cosmetics nanti. Sempat juga Mr Josh membawa ke kilangnya sendiri. Menunjukkan segala prosedur kepada Fatima dan Alif Muhaimin. Sungguh teliti.
Mr Josh merupakan seorang pemilik skincare yang terkenal di London. Mengambil kesempatan dan peluang untuk menembusi pasaran Malaysia dengan membuat kolaberasi bersama dengan Az-Zahra Empire. Cadangan mereka adalah untuk membuat packages kecantikan scrub wajah dan bibir bersama dengan lip matte dan foundation dari Zahmin Cosmetics. Juga akan membuat strategy alliance untuk mengeluarkan primer jenama mereka.
Terlalu banyak mereka berbual, mereka berbincang, mereka bekerja, tanpa sedar jam sudah menunjukkan jam 2 petang. Nasib baik mereka bersarapan pagi tadi, nasib baik tak tumbang.
"Its a very nice to work with you guys, Mr and Mrs Alif," dia menghulurkan tangan kepada Alif Muhaimin untuk bersalaman.
"Thank you. I hope God ease everything for our project," balas Alif Muhaimin.
"I hope, so," ujar Mr Josh, "Oh ya, if you don't mind, can we have a tea time together? It's okay, treat on me,"
Alif Muhaimin sudah tersenyum, "Oh really? Why not?" ujar Alif Muhaimin.
Fatima sudah berubah riak wajahnya, lalu dia memandang Alif Muhaimin sebelum dia memandang Mr Josh kembali, "Oh I'm sorry but we can't,"
Mr Josh menandang Fatima kecewa, "But why?"
"Actually we have another meeting. But Alif forget about it. I'm so sorry. Maybe next time," ujar Fatima untuk dia menyedapkan hati Mr Josh kembali.
"Oh it's okay. I believe you guys have very important to do,"
Fatima senyum kepada Mr Josh lalu dia memberikan padangan tajam kepada Alif Muhaimin yang masih lagi bingung.
Selepas Mr Josh berlalu pergi, Alif Muhaimin mendapatkan Fatima laku dia menyoal mengapa isterinya menolak permintaan untuk minum petang bersama Mr Josh.
"Abang dah lupa ke yang abang sendiri dah janji nak bawa Zill dengan Aisya pergi jalan-jalan. Remember?"
"Ya I remember that. Tapi bukan selalu kita dapat spend time dengan Mr Josh. Kita ada lagi dua malam dekat sini. Anytime kita boleh pergi," ujar Alif Muhaimin.
Fatima melepaskan keluh, "Nampaknya abang memang betul-betul nak Zahra batalkan projek dekat Indonesia," Fatima berpeluk tubuh.
Alif Muhaimin terkaku. Tak sangka Fatima betul-betul sedang mengugutnya pagi tadi.
Melihat Alif Muhaimin yang terkaku tiba-tiba, Fatima terus meninggalkan dia. Terus berlalu turun dari wisma itu. Alif Muhaimin yang tersedar terus mengikuti Fatima sambil dia menyarungkan jaket ke badan.
###
"Akak gaduh lagi dengan abang ke?" soal Aisya apabila mereka sudah tiba di sebuah taman permainan berdekatan dengan restoran yang diinginkan. Waktu penempahan ada lagi satu jam, jadi Alif Muhaimin membuat keputusan untuk menunggu di taman ini sambil dia menemani Zillqayyim bermain.
"Your brother did it again,"
Aisya terus memusingkan badannya 90 darjah menghadap Fatima, "Did what?!"
"Almost mungkir janji,"
Aisya melepas keluh lega, "Fuh nasib baik! Aisya ingat abang jadi balik macam dulu,"
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...