44. Sedar

4.5K 189 10
                                    

"Aisya dah makan? Cepatnya balik. Kata nak keluar dengan kawan," soal Datin Zaleha apabila dia terlihat Aisya sudah berada di ruang tamu. Baru sahaja pulang.

"Err belum... Tak jadi keluar. Kawan Aisya sakit pula tiba-tiba," jawab Aisya, "Mama, Aisya naik dulu eh,"

Datin Zaleha mengangguk. Sedikit pelik dengan perangai anak daranya itu.

Sewaktu Aisya mendaki tangga ingin ke bilik, dia terserempak dengan Alif Muhaimin, "Awal kau balik,"

"Aisya pergi hospital je tengok akak. Tak jadi keluar sebab kawan Aisya tak sihat," jawab Aisya laju. Dia tidak mahu abangnya menyoal banyak.

"Akak okay? Doktor ada cakap apa-apa?" soal Alif Muhaimin.

Aisya lantang menggeleng, "Tak cakap apa pun. Cuma akak dah mula stabil. Cuma dia tak boleh nak bangun lagi,"

Alif Muhaimin mengerut dahi, "Memang dari awal dia dah okay after operation tu. Kau kenapa?"

Aisya terus hilang kata-kata lalu dia angkat bahu, "Entahlah Aisya tak tahu. Aisya naik dulu la," terus dia meninggalkan Alif Muhaimin di tangga.

Alif Muhaimin mengerut dahi memandang adiknya pelik, "Pahal budak ni?"

Apabila Aisya masuk sahaja ke dalam bilik, terus dia mengambil wudhuk dan solat sunat syukur. Cuma hatinya sedikit berat. Moga baik-baik sahaja.

Esok paginya, usai Alif Muhaimin solat dhuha. Dia duduk di beranda biliknya. Biasanya setiap pagi begini, adalah waktu dia bersarapan dengan Fatima. Ditemani suara Fatima, gelak tawa wanita itu cukup membuatkan dia bahagia. Tapi sekarang hatinya rasa kosong. Kosong tanpa isterinya di sisi.

Selepas dia bersiap, lekas dia turun ke bawah. Dia mahu berjumpa isterinya hari ini dan berharap ada satu kejutan untuknya.

"Alif nak pergi hospital?" soal Datuk Rosman.

Dianggukkan kepala, "Lepas tu nak pergi butik Fatima kejap. Nak tengok-tengok,"

Datuk Rosman mengangguk, "Kamu tak nak fly ke?"

Alif Muhaimin terdiam lalu dia menggeleng, "Alif takut Fatima bangun masa Alif tak ada,"

"Tapi kamu dah macam orang tak terurus mama tengok. Sejak bila tak shave jambang ni?" Datin Zaleha membelek wajah anaknya itu yang sudah mula ditumbuhi jambang halus.

Alif Muhaimin hanya diam. Dia tahu dia tak sama seperti dulu. Hidupnya rasa sedikit terganggu. Jiwanya kosong.

Kemudian, Aisya pula turun ke bawah. Bersiap cantik mahu keluar, "Abang nak pergi jumpa akak?" soal Aisya apabila dia sudah mendapatkan tempat duduk di sebelah abangnya.

Alif Muhaimin mengangguk, "Kau nak pergi mana?"

"Jumpa kawan," jawabnya pendek lalu dia mengeluarkan telefon. Menaip sesuatu.

Datuk Rosman berdehem, "Aisya, sarapan dulu please,"

"Sorry pa," terus Aisya menaip laju dan hantar. Dia simpan telefonnya kemudian di dalam poket seluar.

Selepas 10 minit, telefon Alif Muhaimin pula berdering. Jantungnya berdegup laju saat nama Doktor Rayyan tertera di skrin telefon.

"Assalamualaikum doktor,"

###

Langkah diatur laju menuju ke wad Fatima. Aisya pula lelah mengejar abangnya. Selepas mendapat tahu Fatima sudah sedar dari koma, terus dia meninggalkan meja makan. Aisya juga ingin mengikut abangnya ke hospital. Janjinya dengan rakan ingin keluar bersama dibatalkan.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now