20. 1001 Rahsia

5.4K 217 18
                                    

Dengan tiada langsung rasa malu, terus lelaki lembut itu melulu masuk ke dalam rumah Alif Muhaimin. Entah kenapa Alif Muhaimin kaku sahaja badannya dan membiarkan saja Farees masuk ke dalam rumahnya.

"You buat apa dekat sini?" Soal Alif Muhaimin.

"Saja nak datang melawat you. Semalam I ada datang, tapi I tak taulah perempuan tu tak buka pintu or memang you guys tak ada dekat rumah. I pun lupa nak bawa kunci yang you bagi," Ujar Farees lalu dia duduk di kitchen island.

Makanan Fatima yang masih belum habis lagi dia suapkan ke dalam mulutnya, "Oh wow! Sedapnya! Perempuan tu masak ke?"

"Farees, I think you jangan datang dah rumah I lagi,"

Farees memberhentikan kunyahan, "What? But why? You dah tak sayang I ke?" Farees mendekati Alif Muhaimin yang berdiri tak jauh dari kitchen island.

"Farees please don't!" Alif Muhaimin menepis tangan Farees yang mahu menyentuh dadanya.

Farees terkejut dengan tindakan Alif Muhaimin yang drastik, "Kenapa dengan you ni?"

Fatima yang beru sahaja keluar dari bilik dengan memakai selendang hanya memerhati mereka berdua. Hatinya luluh.

"Ni mesti kerja kau kan perempuan?!" Tiba-tiba sahaja Farees menerpa ke arah Fatima sebaik dia melihat gadis itu.

Tanpa dapat di duga, Farees terus menampar pipi Fatima.

"Farees!" Alif Muhaimin yang melihat kejadian itu terus menerpa ke arah mereka berdua lalu ditarik tangan Farees menjauh dari Fatima, "Kau keluar dari rumah aku sekarang! Jangan datang sini lagi,"

"Oh, you nak halau I? Alif, you lupa apa plan you? You lupa, you sepatutnya halau perempuan tu! Bukannya I!" Ujar Farees. Dia masih lagi geram dengan Fatima.

"Shut up! You better go now before I panggil security guard," Ugut Alif Muhaimin.

"Okay fine, you tunggu nasib you Alif," Farees terus melangkah keluar dari rumah itu.

Alif Muhaimin terus memandang Fatima. Tangannya dilekapkan di pipi, matanya berkaca. Berdiri kaku merenung sesuatu.

"Zahra, are you okay?" Soal Alif Muhaimin sambil dia cuba untuk menyentuh Fatima.

Air mata yang ditahan tumpah jua, "Belum pernah lagi pipi ni kene sentuh. Even arwah abah pun tak pernah tampar muka saya,"

"Zahra... aku..."

"Awak dah makan dan dah makan ubat, apa kata awak masuk bilik, lepas tu awak rehat. Nanti meja tu saya kemas. Saya nak solat Isyak," Ujar Fatima tenang lalu kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.

Pintu ditutup rapat dan dikunci. Fatima hempaskan diri ke katil. Air matanya berjujuran jatuh membasahi pipi. Pedih akibat ditampar tadi masih lagi terasa. Akibat daripada kesedihan yang melanda, Fatima terlelap buat seketika.

Alif Muhaimin yang berada di ruang tamu menjadi serba salah. Hatinya menjadi sakit apabila melihat Fatima yang tidak bersalah itu ditampar tiba-tiba.

"Tak guna kau Farees. Berani kau sentuh dia,"

###

Fatima terjaga apabila jam menginjak ke pukul dua pagi. Matanya digosok perlahan, "Ya Allah, aku tak isyak lagi ni. Meja makan tak kemas lagi,"

Fatima segera masuk ke dalam bilik air lalu mengambil air wudhuk untuk solat Isyak yang sepatutnya dia lakukan tadi. Tapi akibat terlalu melayan perasaan, dia terlelap dan nasib baik dia tersedar sebelum subuh.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now