30. Kesal

6.5K 206 10
                                    

Tepat jam empat petang, Fatima keluar dari pejabat. Segera dia mencari Nisa ingin memaklumkan bahawa dia ingin pulang awal. Dia ingin berjumpa Naziha dahulu untuk minum petang.

"So how? Okay?" soal Naziha apabila minuman yang mereka pesan sudah sampai.

"Okay? Okay apa?"

"Alif tak confess apa-apa dekat kau?"

Fatima mengerut dahi, "Confess apa?"

Naziha terlopong, "Seriously? Lembapnya!"

"Ziha! Kau cakap apa ni? Aku tak faham lah!"

Naziha berdecit, "Semalam kan aku pergi hospital melawat husband kau. Dia sendiri mengaku yang dia sayang kau. Dia tak confess dekat kau lagi ke?" soal Naziha sambil dia memegang tangan Fatima.

Fatima ketawa kecil, "Ziha, kenapa kau risau sangat ni?"

"Mestilah aku risau! Kau kawan aku! Aku dah anggap macam adik beradik aku dah tau! Kalau lambat macam ni, bila nak bahagianya ni!" ujar Naziha. Dia sangat kecewa jika Alif Muhaimin tidak mengaku tentang perasaannya lagi.

Sekali lagi Fatima ketawa, "Ziha, terima kasih sangat-sangat,"

"Ha?"

"Sebabkan kau, aku dah jumpa kebahagiaan aku. Alhamdulillah, he's the one and the only one my husband and my Firdaus," ujar Fatima sambil dia memegang tangan Naziha.

Naziha mula mengukir senyum, "So maksudnya...."

Fatima mengangguk, "Kita dah sama-sama confess,"

Terus Naziha memeluk Fatima erat, "Alhamdulillah! I hope this is your first and last love!"

"InsyaAllah, aminn," dia membalas pelukan Naziha, "Oh by the way, kau jadi nak buat majlis tahlil untuk arwah nenek kau?"

Naziha mengangguk, "Aku dah bagi tau orang surau semalam. Nak buat esok malam. Makanan semua aku dah order," ujar Naziha.

Fatima mengangguk.

"Nanti kau datang tau. Bawa Alif sekali,"

"InsyaAllah kalau free esok aku datang. Tapi aku tak janjilah boleh ke tak bawa dia,"

Naziha mengangguk lalu dia senyum, "Ya aku faham,"

###

"Asalamualaikum," Fatima memberi salam apabila dia sudah membuka pintu.

"Waalaikumusalam," kedengaran suara Alif Muhaimin dari dapur.

Fatima pun melangkah ke arah dapur, "Abang buat apa?" soal Fatima.

"Teringin air milo," jawab Alif Muhaimin sambil dia mengeluarkan cawan dari kabinet.

Fatima mengambil cawan dari tangan Alif Muhaimin, "Tak apa, biar Zahra buatkan,"

Alif Muhaimin senyum, "Okay,"

"Nak panas ke nak suam?"

"Nak suam ke panas sikit,"

Fatima mengangguk lalu terus dia meletakkan tiga per empat air panas selepas dia meletakian milo dan gula. Setelah sebati dia letak pula satu per empat air suam. Siap!

"Nak minum dekat mana?"

"Depan tv,"

Fatima mengangguk, "Okay jom,"

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now