51. Maafkan Saya

4.8K 172 81
                                    

"Itu pun kalau awak jujur dengan saya,"

Kata-kata Fatima membuatkan Alif Muhaimin rasa tercabar. Dia tidak mahu tunjuk dia seorang lelaki yang pengecut. Dia sedar dia patut bertanggungjawab di atas semua perkara yang telah berlaku.

Alif Muhaimin mengangguk kepalanya perlahan, "Okay, saya bagitahu papa,"

Fatima memandang Alif Muhaimin lalu dia senyum nipis, "Go on,"

Terus lelaki itu berjalan menuju ke pintu bilik. Tetapi sebaik kakinya melangkah keluar, dia kembali masuk ke dalam. Dia tutup pintu itu rapat lalu dikunci. Kakinya diatur laju ke arah Fatima.

Tanpa dijangka tangan Alif Muhaimin menampar kuat pipi Fatima sehingga wanita itu terjelepuk ke lantai. Alif Muhaimin mencengkam pipi Fatima.

"Apa yang kau tak puas hati lagi sebenarnya?" soal dia garang.

Fatima terdiam. Masih lagi cuba untuk berfikir apa yang terjadi, "Lepas Muhaimin!" dia cuba untuk menolak tangan Alif Muhaimin tetapi tidak mampu.

"Aku tak tahu apa lagi aku kena buat. Memang betul aku salah tapi kau tak berhak layan aku macam ni!" sekali lagi Alif Muhaimin menjerit ke arah Fatima. Satu lagi singgahan tamparan di pipi kiri Fatima.

"Muhaimin sakit!" Fatima menitiskan air mata. Tak sangka suaminya berubah sebegini rupa.

Alif Muhaimin ketawa, "Biarlah! Kau tak fikir pulak sakit hati aku macam mana?" ditarik rambut Fatima dan direntap kuat lalu ditolak ke atas katil.

Fatima sudah meraung, " Mama! Tolong!"

Rambut Fatima ditarik pula oleh Alif Muhaimin, "Jeritlah! Tak ada orang akan kisah lagi pasal kau Fatima. Sebab idea bodoh kau! Semua orang berpihak dekat aku sekarang ni,"

"Muhaimin, saya sakit!"

"Rasakan Fatima Az-Zahra. Semua orang cakap kau bodoh. Otak letak dekat lutut!" ditolak pula kepala Fatima.

"Fatima Az-Zahra, aku ceraikan kau,"

Fatima terkedu. Dia memandang Alif Muhaimin yang sedang tersenyum puas. Hatinya rasa sakit. Sungguh dia rasa menyesal kala ini.

Alif Muhaimin menoleh ke belakang lalu dia ketawa, "So? Korang puas tak aku buat Fatima korang macam ni? Ni baru sikit. Kalau boleh aku nak buat lebih lagi. Tapi, aku tak nak korang cakap aku kejam," ujar Alif Muhaimin kepada kalian yang membaca.

Allahu, sesungguhnya tak sampai hati nak buat chapter prank ni 😂

Tapi CT terpaksa sebab terhibur dengan komen korang yang triggered + bitter dekat chapter lepas. Sumpah sakit perut gelak. 😂

So kepada kalian semua. CT minta maaf ya untuk chapter yang saja-saja ni.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now