16. Demam

5.8K 194 15
                                    

Selesai berjumpa dengan supplier Fatima terus menghantar Nisa ke butik semula. Jam menunjukkan jam empat petang. Dia ingin pulang awal hari ini. Dia mahu singgah ke rumah Alif Muhaimin untuk mengambil barang-barangnya dahulu.

Tiba sahaja di tempat parkir kereta dia menjadi malas hendak naik ke atas apabila dia terlihat kereta Alif Muhaimin.

"Nak ambil ke tak? Kalau tak ambil sekarang, bila lagi nak ambil?" Dia omel seorang diri di dalam kereta.

"Ambil je la. Dia dah mesti suka kalau aku nak keluar rumah dia tu," Ujar Fatima lagi lalu dia matikan enjin kereta.

Apabila Fatima berada di hadapan pintu, dia menekan butang loceng sambil memberi salam. Pintu masih lagi belum dibuka walaupun sudah tiga kali dia memberi salam. Kemudiannya dia menyelongkar beg tangan untuk mencari kunci rumah.

"Kau buat apa dekat sini?" Suara yang menyoal terus membuatkan kepala Fatima kembali memandang ke muka pintu.

"Saya nak ambil barang saya,"

Alif Muhaimin membuka pintu pagar lalu memberi ruang kepada Fatima untuk masuk. Fatima segera masuk ke dalam.

Seminggu dia tidak pulang, rumah ini masih lagi sama. Alif Muhaimin melintasinya lalu rebahkan diri di sofa, 'Kenapa muka dia pucat?'

Fatima segera pergi ke arah bilik. Pintu biliknya dibuka lalu dia capai beg roda. Namun apabila dia terdengar bunyi sesuatu terjatuh di ruang tamu, dia segera keluar dari bilik untuk melihat apa yang jadi.

"Ya Allah! Muhaimin!" Jerit Fatima apabila dia terlihat Alif Muhaimin yang sudah terbaring di lantai.

Fatima segera memapah Alif Muhaimin yang separa sedar itu masuk ke dalam bilik. Lelaki itu berbaring di katil.

"Awak okay?" Soal Fatima.

Alif Muhaimin mengangguk perlahan. Tidak mampu untuk dia menjawab.

Melihat wajah Alif Muhaimin yang pucat, dia beranikan diri untuk sentuh dahi lelaki itu, "Eh! Awak demam ni. Dah makan ubat?"

Alif Muhaimin menggeleng.

"Kenapa tak makan? Ish!" Fatima ingin bangun mahu je dapur, tetapi tangannya di tarik oleh Alif Muhaimin.

Fatima angkat kening, "Aku lapar," Ujar Alif Muhaimin.

"Tak makan lagi?"

Alif Muhaimin menggeleng.

Fatime menghela nafas, "Tunggu kejap, saya masak,"

Fatima segera ke dapur menyediakan makanan untuk suaminya, "Nasib baik aku rasa nak balik hari ini. Kalau tak, mati kebuluran. Demam pulak tu," Bebel Fatima perlahan seorang diri di dapur.

Akhirnya siap semangkuk nasi bubur untuk Alif Muhaimin. Dia segera bawa masuk ke dalam bilik dengan semangkuk nasi bubur, segelas air suam dan juga dua biji panadol.

"Awak, saya dah siap masak ni," Fatima mengejut Alif Muhaimin yang sedang tidur. Mendengar suara Fatima dia segara duduk.

"Tapi, saya buat nasi bubur je la sebab barang dekat dapur tak ada kalau saya nak buat nasi putih dengan lauk. Lagipun awak demam," Ujar Fatima sambil dia menghulurkan mangkuk nasi itu.

Alif Muhaimin memandang nasi bubur yang Fatima hulur.

"Kenapa?"

"Kalau aku demam, mama yang suapkan aku makan,"

Fatima berdecit, "Tu mama, bukan saya,"

Alif Muhaimin mengambil mangkuk itu dengan rasa hampa. Biasanya kalau bukan Datin Zaleha yang menyuap, Aisya yang akan suap. Sudah menjadi tabiat dia manja begini apabila sakit.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now