52. Peluang Kedua

6.9K 234 19
                                    

"Timah tak tahu apa patut Timah buat. Timah banyak dosa dengan suami Timah, dengan semua orang. Timah tak fikir panjang sebelum buat semua ni," air matanya menitis saat dia mula meluah rasa di hadapan pusara kedua ibu bapanya.

"Memang patut Muhaimin marah dengan Timah sebab Timah derhaka dengan dia. Timah jadi isteri nusyuz. Sanggup buat macam tu dengan suami sendiri,"

Di pagi raya begini, sepatutnya semua orang perlu bergembira kerana telah menang dalam jihad melawan nafsu ketika bulan Ramadan. Tetapi terbalik pula dengan Fatima. Berendam air mata dipagi raya.

"Timah sepatutnya minta maaf dengan dia. Tapi Timah lari pula, ibu. Timah tak layak jadi isteri dia," tambah dia lagi.

Sesekali dia pegang kedua batu nisan milik ibu bapanya. Andai mereka masih ada, pasti kala ini Fatima sedang melepaskan tangisan di bahu mereka.

Lama Fatima disitu, orang-orang yang datang menziarah juga sudah hampir hilang mahu pulang untuk beraya. Tetapi Fatima masih lagi di sini. Mengharap, ada sinar yang baru.

"Kalaulah masa boleh diundur, Timah tak nak buat semua ni..."

Sebaik kata-kata itu ditutur, Fatima terlihat bayangan sepasang tangan sedang menyentuh tangannya, "Abang..."

"Zahra, abang sentiasa doakan yang terbaik untuk Zahra. Perkahwinan Zahra dengan dia tak pernah salah,"

"Maksud abang?"

"Allah aturkan semua ni untuk kita sebagai manusia belajar. Ingat tak pesan abah? Setiap hari adalah hari kita ke sekolah. Setiap apa kesalahan yang kita buat, adalah cikgu yang terbaik untuk jadikan kita lebih baik. Remember?"

Fatima mengangguk.

"Jadi abang nak Zahra jumpa dengan suami Zahra. Minta ampun dengan dia. Dia syurga Zahra. Taat pada dia,"

"Tapi abang, dah terlambat..."

Muhaimin menggeleng, "Tak ada apa yang terlambat Fatima Az-Zahra. Sedangkan Nabi Muhammad ampunkan umat, sedangkan Allah sentiasa buka pintu taubat untuk hambanya, tak akan suami yang sayangkan isterinya tak boleh nak maafkan isterinya?"

"Tapi macam mana kalau dia tak boleh terima Zahra lagi?" soal Fatima lagi.

Muhaimin senyum, "Dia mesti terima. Kalau tak, dialah yang rugi. Tak ada siapa yang boleh terima dia, layan dia macam mana adik abang ni layan dia. Sehebat mana pun wanita dekat luar sana, seramai mana pun wanita dekat luar sana, Allah tetap pilih Zahra menjadi suri hati Alif Muhaimin,"

Apabila Fatima terdengar bunyi motor yang kuat dari seberang jalan, terus bayangan dia bersama Muhaimin hilang dari pandangan sekelip mata. Cuma tinggal dia seorang, di tepi pusara itu.

Dia capai botol air yang kosong ditepinya yang digunakan untuk mengisi air mawar tadi. Surah Yassin juga dia peluk, "Ibu, abah, Timah balik dulu. Selamat hari raya," lalu terus dia mengangkat kaki dari situ.

Sepanjang perjalanan, wajahnya menunduk cuma sekali sekala dia mengangkat kepala untuk dia melintas jalan. Wajahnya sembap dek air mata yang sering mengalir sepanjang malam tadi.

Sebaik dia tiba di rumah, dia terus menuju ke buaian yang dibina ibunya suatu ketika dahulu. Dilabuhkan punggung di situ dan matanya jauh merenung ke pokok-pokok hijau di depan mata. Dia buntu mahu membuat apa sekarang, "Zahra minta ampun,"

Namun tanpa dia sedar, ada seseorang berdiri lama di belakangnya lalu sepasang tangan miliknya memeluk Fatima dari belakang, "Sayang...."

Terus dia bangun kerana kaget. Matanya membulat saat melihat Alif Muhaimin berada di hadapannya, "Abang...."

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now