21. Muhaimin

5.6K 209 9
                                    

Alif Muhaimin mengerut dahi. Tiba-tiba sahaja Fatima menjadi seorang yang pemarah apabila disoal tentang lelaki itu. Dia cuma tanya siapa.

"Boyfriend dia ke? Kenapa dia sampai macam tu sekali?"

Lama Alif Muhaimin berada di ruang tamu itu berseorangan.

Tak lama kemudian, Fatima kembali keluar dari biliknya. Matanya sembap akibat menangis tadi. Dia berdiri di tepi sofa tempat Alif Muhaimin duduk.

"Saya minta maaf," ujar dia sambil tangannya memegang bingkai gambar lelaki tersebut.

Fatima hulurkan gambar itu kepada Alif Muhaimin. Dia kemudian labuhkan punggung dihadapan sofa tempat Alif Muhaimin duduk. Dia memeluk lututnya sendiri.

"Banyak rahsia pasal saya yang awak tak tahu Alif Muhaimin..." Fatima memulakan bicara, "...Terlalu banyak, termasuklah tentang lelaki itu,"

"Siapa dia?"

"Nama dia Ahmad Muhaimin bin Ahmad Saiful. Dia abang kandung saya,"

Alif Muhaimin memandang Fatima yang sedang memeluk lutut itu, "Kau ada abang?"

Fatima mengangguk, "Dia tua tiga tahun dari awak. Awak pilot, tapi dia seorang pramugara,"

Alif Muhaimin mengangguk kecil tanda faham, "Dia ada dekat mana?"

Fatima menggeleng. Air matanya mula menitis, "Saya tak tahu,"

Alif Muhaimin memandang Fatima kosong. Dia ingin tahu lebih mendalam tentang lelaki itu.

"Awak ingat pesawat yang hilang enam tahun lepas?" Soal Fatima kepada Alif Muhaimin.

Alif Muhaimin mengangguk tanda dia ingat akan tragedi itu. Ketika itu, dia masih lagi berada di pilot academy menjalani latihan.

"Abang saya salah seorang pramugara yang bertugas dalam pesawat tu,"

Mendengar kata-kata Fatima, hatinya dilanda sebak. Lantas dia melihat kembali gambar di tangannya.

"Macam-macam benda pelik terjadi sebelum dia pergi. Dia minta maaf dekat semua orang. Dia jadi manja, dia jadi pelik. Dia luangkan masa dengan saya dan abah. Dia jadi pendiam tiba-tiba. Rupa-rupanya, dia nak tinggalkan kami tanpa sebarang berita," Fatima sekali lagi mengalirkan air mata.

"Dia adalah lelaki yang saya sangat sayang selepas abah. Dialah lelaki pujuk saya bila saya kena marah dengan abah. Dialah lelaki lindung saya bila saya kena buli dekat sekolah. Dialah lelaki yang peluk saya bila saya ada masalah. Dia jugalah lelaki yang bangkitkan semangat saya bila ibu dah tak ada," Makin deras air mata Fatima mengalir.

"Dia seorang je yang panggil saya Zahra. Dia lelaki istimewa untuk saya selepas abah. Saya sayang dia sangat-sangat,"

Fatima mengelap air matanya, kemudian dia senyum nipis, "Sebabkan tu saya suka awak panggil saya Zahra. Setiap kali awak panggil nama saya, saya gembira, hati saya berbunga. Saya rasa macam dia dekat je dengan saya, walhal, saya tak tau pun dia ada dekat mana sekarang ni,"

"Entah hidup atau tak," tambah Fatima lagi dan semakin deras air mata yang mengalir.

Melihat keadaan Fatima yang galak menangis, Alif Muhaimin duduk bersila di sebelah Fatima. Perlahan-lahan dia menarik Fatima di dalam dakanpannya.

"Sebab tu juga saya panggil awak Muhaimin. Untuk saya lepas rindu," Tambah Fatima lagi dalam sedu tangisan.

Alif Muhaimin turut dilanda sebak melihat Fatima yang sedang galak menangis. Dia tiada niat mahu buatkan Fatima berasa sedih. Dia cuma ingin tahu.

"Aku minta maaf,"

Fatima menggeleng, "Saya yang patutnya minta maaf. Saya tak patut marah awak tadi. Saya tak tau kenapa, emosi saya terganggu bila orang tanya tentang dia. Saya jadi marah, saya jadi sedih,"

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now