"Abang kenapa nangis?" Fatima menggosok belakang suaminya.
Alif Muhaimin mengesat air mata yang mengalir di pipinya lalu dia tarik Fatima untuk duduk di katil.
Alif Muhaimin mengelap sisa air mata yang masih tersisa. Dia menarik nafas dalam cuba untuk mengumpul kekuatan. Apabila dia sudah rasa sedikit tenang, dia memusingkan badannya menghadap Fatima.
"Walau apa pun jadi, kita kena berbincang malam ni juga," ujar Alif Muhaimin, "Zahra akan tinggalkan abang ke nanti?" soalnya.
"Ahh!" Fatima mengaduh sakit saat Alif Muhaimin menggengam tangan kiri Fatima yang luka kerana bergesel dengan batu sungai ketika bermandi siang tadi.
Terus Alif Muhaimin melepaskan genggaman dan membelek perlahan buku lima isyerinya, "Dah letak ubat?"
Fatima menggeleng.
Lalu terus Alif Muhaimin keluar dari bilik mencari kotak first aid yang berada di bawah rak telivisyen.
Fatima menghela nafas berat. Tak akan dia mahu kata yang dia akan meninggalkan Alif Muhaimin kalau result ujian itu positif?
Tak lama kemudian, dia kembali datang membawa kotak putih itu lalu dia duduk di hadapan Fatima. Krim dia keluarkan lalu dia sapu perlahan pada buku lima Fatima.
"Sayang...." Alif Muhaimin memandang isterinya, "I still need your answer,"
Fatima memandang mata Alif Muhaimin yang sungguh pasti mahukan jawapan, "Okay macam ni..." dia memperbetulkan kedudukan, "Apa abang buat kalau abang tau abang kena campak dekat dalam kandang harimau? Adakah abang akan teruskan berjalan?"
Alif Muhaimin menggeleng. Semestinya dia akan cuba mencari jalan keluar dan lari. Dan apabila dia faham akan soalan Fatima dia memandang mata Fatima dalam, "So maksudnya Zahra akan tinggalkan abang?"
Fatima tidak mengangguk mahupun menggeleng, "Bukan tinggalkan abang, cuma tak ada jodoh,"
Alif Muhaimin memejam matanya rapat. Ingin melepaskan empangan lagi. Matanya masih lagi merah.
Melihat Alif Muhaimin yang mahu menangis lagi, terus Fatima menarik tangannya, "Tapi kita boleh jadi kawan. You're my Muhaimin. Tak ada orang boleh gantikan abang,"
"Kalau kita berpisah, mesti Zahra akan cari suami baru, kan? So I'm not your Muhaimin anymore that time," duga Alif Muhaimin.
"Abang, setiap sujud Zahra, Zahra doa supaya Allah tetapkan abang sebagai syurga Zahra sampai akhir hayat. InsyaAllah Allah tak akan jauhkan kita,"
Kata-kata Fatima sedikitpun tidak membuatkan Alif Muhaimin berhenti berfikir tentang masalahnya. Malah dia semakin terluka.
###
Selepas selesai Fatima solat dhuha, dia kembali bangun buat solat hajat untuk kali yang terakhir sebelum dia mengetahui keputusan darah Alif Muhaimin. Dia dan Alif Muhaimin akan keluar sebentar lagi untuk ke klinik berjumpa dengan doktor.
Fatima juga sangat takut kalau benar keputusan itu positif. Sangat berat hati dia mahu meninggalkan Alif Muhaimin. Dia sayangkan lelaki itu sepenuh hati. Mana mampu untuk dia tinggalkan Alif Muhaimin dalam keadaan begini.
"Dah?" soal Fatima sebaik dia sudah bersedia mahu ke klinik.
Alif Muhaimin mengangguk lemah lalu dia mencapai kunci kereta sebelum mereka sama-sama keluar rumah.
Ketika di muka pintu, Alif Muhaimin mencapai tangan Fatima. Dia terus memeluk wanita itu erat lalu dia kucup dahi itu lama, "Abang takut kalau ini adalah pelukan yang terakhir,"
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...