"Muhaimin!" Jerit Fatima.
Dia terlihat jari tejunjuk Alif Muhaimin berdarah akibat terkena gelas yang berderai tadi. Fatima segera melangkah duduk melutut di sebelahnya.
"Awak buat apa ni?" Soal Fatima lalu dia mengambil tangan Alif Muhaimin dan dilihat.
"Aku dahaga. Tangan aku tak kuat, terus aku terlepas gelas tu. Aku nak bersihkan tapi..."
"Kan saya cakap kalau nak apa-apa panggil je saya. Dah duduk atas ni," Fatima menarik tangan Alif Muhaimin untuk duduk di katil.
Dia segera ke dapur mengambil first aid kit dan tisu basah untuk mengelap darah yang menitis keluar dari jari lelaki itu. Selesai membalut, dia kembali ke dapur mengambil sebotol air kosong serta penyapu dan penyodok.
"Nah, saya letak dalam botol terus. Tak payah awak refill," Ujar Fatima. Selepas botol itu bertukar tangan, Fatima segera mengamas kaca yang pecah tadi.
Selesai dia mengemas dia menoleh ke arah Alif Muhaimin yang sudah kembali terlena. Tubuhnya berselitmut sehingga ke paras dada.
Perlahan-lahan Fatima meletakkan tangannya di dahi Alif Muhaimin, "Panasnya," Ujar Fatima perlahan.
Dia pergi je arah biliknya lalu mengambil sehelai tuala kecil. Dibasahkan lalu dilipat dan diletakkan dekat dahi lelaki itu. Fatima duduk melutut seketika di tepi katil Alif Muhaimin.
"Macam mana aku nak tunaikan permintaan mama kau?"
"Aku takut aku tak mampu,"
Selepas Fatima ungkapkan kata-kata itu, perlahan-lahan dia bangun menuju ke bilik. Dia terlalu penat dan sungguh mengantuk.
Alif Muhaimin sebenarnya mendengar suara Fatima. Perlahan-lahan dia membuka mata memandang tubuh Fatima yang keluar dari biliknya. Kain di kepala dia sentuh lalu dia senyum nipis, "Aku minta maaf sebab tipu kau," Ujar lelaki itu perlahan.
###
"Papa tak pernah ajar anak papa jadi macam ni!" Papa mula mengamuk sebaik aku memberitahu perkara sebenar selepas dicabar isteriku.
"Dengan siapa kamu berkawan?! Siapa lelaki yang berliwat dengan kamu?! Ha?!" Papa mula menolak-nolak bahuku.
Aku hanya mampu duduk melutut. Kepalaku menunduk dan mataku dihala ke lantai. Tidak pernah aku lihat papa marah sebegini rupa. Ini semua salah aku kerana sudah tersilap langkah dari mula lagi.
"Kamu tak kesian dekat Fatima? Kamu tak kesian dekat kami? Aku tak tau apa salah yang aku dah ajar pada kamu sampai kamu jadi macam ni!" Papa mula menolak-nolak badanku sambil dia memukul perlahan.
Sakit, tapi tidak pedih.
Aku melihat mama. Dia mengelap air matanya sedari tadi. Mungkin teramat kecewa dengan sikapku yang begini. Menyesalkah mereka dapat anak sepertiku.
Mataku pandang Aisya sekilas. Wajahnya sudah merah. Maafkan abang Aisya, abang tak layak jadi abang Aisya.
"Alif minta ampun papa. Alif sumpah Alif dah tak buat demi semua orang. Alif dah berubah!" Aku cuba untuk bersuara apabila aku rasakan sentuhan tangan papa itu mula rasa pedih kerana dipukul berulang kali tanpa henti.
"Kamu patut minta maaf pada Fatima! Sebab kamu dia kemalangan dan jadi macam tu!"
Semakin kuat dia memukulku.
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...