"Fatima buat apa dekat sini?" Soal Datin Zaleha. Terkejut melihat Fatima yang berada di situ. Tambah-tambah pula sekarang baru jam sebelas pagi. Masih belum lunch hour.
"Er saya..." Kepala Fatima tidak dapat berfikir pantas sekarang ni. Tidak tahu mahu menipu apa. Dia terpandang wajah Alif Muhaimin di sebelah Datin Zaleha. Dahinya berkerut seribu. Juga turut bingung.
"Bos, supllier nak..." tiba-tiba datang assistant boutique, Nisa datang menghampiri Fatima sambil membawa fail. Terus Fatima mencapai fail itu.
"Iya bos? Supplier nak apa? Saya ada salah buat kerja ke?" Soal Fatima kepada Nisa.
Nisa memandang Fatima pelik. Kemudiam mata Nisa tertancap kepada dua orang lagi makhluk di hadapannya; Datin Zaleha dan Alif Muhaimin. Matanya kembali memandang mata Fatima.
"Oh petang ni supplier nak jumpa sebab ada meeting. Saya nak awak ikut saya," Ujar Nisa kepada Fatima. Nasib baik Nisa jenis cepat tangkap.
"Oh boleh, tak ada masalah," Fatima menghulur semula fail itu dan mengarah Nisa pergi dari situ menggunakan bahasa isyarat bibir.
Fatima sedikit lega. Cuma ada lagi perkara yang Fatima takuti. Apa pula dia mahu berbohong pada Datin Zaleha?
"Erm, aunty buat apa dekat sini?" Soal Fatima.
"Aunty nak pergi makan dekat restoran sana. Singgah ke sini sekejap. Fatima buat apa dekat sini?" Soal Datin Zaleha sekali lagi.
"Sebenarnya aunty, saya kerja dekat sini. Saya bukan kerani. Saya assistant boutique," Ujar Fatima. Dia masih lagi mahu menipu tentang pekerjaannya.
"Fatima kerja sini? Baguslah, dekat dengan rumah aunty. Bolehlah aunty singgah selalu," Ujar Datin Zaleha lalu dia memcapai tangan Fatima.
Fatima rasa lega. Tidak langsung ada rasa keraguan. Cumanya kenapa Alif Muhaimin hanya memandang Fatima atas bawah?
"Fatima busy ke? Apa kata kalau join aunty. Kita makan tengahari sama," Datin Zaleha mempelawa Fatima.
Fatima cukup susah untuk menolak permintaan orang dan cukup susah untuk berkata tidak, "Erm, boleh. Tapi tak boleh lama-lama sebab saya nak teman bos pergi jumpa supplier," Ujar Fatima.
"Sekejap pun tak apa,"
Fatima angguk dan senyum tawar. Dia perasan bahawa riak wajah Alif Muhaimin berubah. Tidak suka mungkin Fatima mengikutnya makan tengahari bersama.
Semasa tiba di salah sebuah restoran berdekatan butik tersebut, Fatima duduk di sebelah Datin Zaleha. Adakah dia patut meneruskan penipuannya tentang pekerjaannya? Dia sendiri bingung mengapa dia harus menipu.
"Fatima nak makan apa?" Soal Datin Zaleha apabila datang seorang pelayang menghantar menu.
Fatima tidak lalu makan sebenarnya. Kepala dia serabut kala ini, "Saya nak fresh orange je la," Ujar Fatima.
"Tak nak makan? Tak apa, aunty belanja Fatima makan hari ni," Ujar Datin Zaleha lagi.
"Fatima takut..."
"Makan je la," Tiba-tiba Alif Muhaimin bersuara memotong kata-kata Fatima sambil membelek menu.
Mata Fatima memandang Alif Muhaimin. Jelas riak wajahnya yang tidak suka akan kehadirannya sekarang ni.
Fatima menarik nafas dalam, "Aunty, Fatima minta maaf. Fatima banyak kerja sangat tak boleh lunch dengan aunty," Ujar Fatima perlahan dan lemah lembut. Tidak mahu membuat Datin Zaleha terasa hati.
"Eh kenapa tiba-tiba ni? Dah alang-alanh kamu dah dekat sini. Kita makan je la, ya?" Datin Zaleha cuba memujuk.
"Saya minta maaf aunty, memang tak boleh," Ujar Fatima lagi. Melihat Datin Zaleha yang kecewa Fatima mendapat satu idea, "Okay macam ni. Esok Fatima janji akan teman aunty. Boleh?"
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...