"Kau tak nak balik rumah Alif?"
Fatima menggeleng.
"Kalau dia cari kau macam mana?"
"Kalau dia tak cari?"
Naziha mengehal nafas. Sudah seminggu dia tidak pulang ke rumah Alif Muhaimin selepas dia balik dari Pahang. Butik juga dia sering pergi lambat dan juga akan pulang lambat.
"Aku kahwin dengan lelaki yang suka sama jenis. Kau rasa macam mana aku nak adapt? Entah esok lusa, bergegar tiang arash," Ujar Fatima.
Naziha mengerut dahi, "Maksud kau?"
Fatima meraut wajah, "Aku tak tahu perkahwinan ni boleh tahan lama atau tak. Aku tak tau aku boleh tunaikan permintaan mama atau tak. Aku tak tau aku mampu atau tak untuk ubah Muhaimin,"
Naziha meneluk Fatima dari tepi, "Kau kena cuba. Besar perngorbanan kau, kalau kau dapat ubah Alif,"
Fatima menggeleng, "Aku takut aku tak mampu,"
"Aku yakin kau mampu. Kau boleh Timah,"
Fatima menekup wajah. Dia buntu.
###
"So macam mana? Perempuan tu ada bagi tau mama you?"
Alif Muhaimin angkat bahu, "Entah, nak dekat seminggu dia tak balik rumah,"
"Tak balik? Dia duduk mana?"
Alif Muhaimin angkat bahu, "Rumah kawan dia kut,"
"Kawan? Ya ke kawan? Entah-entah, rumah jantan lain?"
Alif Muhaimin memandang Farees tepat lalu dia menggeleng, "Tak mungkin. Dia tu naif,"
Farees ketawa kecil, "Nampak je dia tu naif. You jangan percaya sangat dekat perempuan kampung macam tu. Entah-entah, dia lagi hebat dari you,"
"Eh, I malas la nak serabut fikir pasal perempuan tu!" Alif Muhaimin menggosokkan kepalanya.
"I cuma cakap je. You jangan too confident,"
Tiba-tib telefon Alif Muhaimin yang berada di atas meja makan itu berbunyi.
"Hello mama,"
"Hello, Alif dekat mana?" Soal Datin Zaleha di dalam talian.
"Restoran, tengah makan. Ada apa?"
"Tengah makan dengan Fatima?"
"Tak, dengan kawan,"
"Mama nak Alif datang rumah mama hari ni. Ada perkara mama nak cakap dengan Alif,"
Suara Datin Zaleha sedikit tegang. Seperti sedang marah.
"Okay. Malam ni Alif datang,"
Alif Muhaimin letakkan telefonnya di dalam poket sebaik sahaja menamatkan panggilan.
"Your mom?"
Alif Muhaimin mengangguk.
"You memang anak mak eh? Sikit-sikit mama. Apa yang mama you suruh you buat, you tetap akan buat even benda tu you tak suka. Contohnya macam sekarang ni," Herdik Farees.
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...