Special Edition 100k I

5.6K 229 10
                                    

"Assalamualaikum," Alif Muhaimin memberi salam sebaik dia melangkah ke dalam rumah.

Namun tiada siapa yang menjawab salamnya itu. Dilangkah terus menuju ke ruang tamu sambil matanya melilau mencari sang isteri. Cuma figura anak lelakinya sahaja yang berada di ruang tamu.

"Hai Zill!" Alif Muhaimin mencium ubun-ubun Zillqayyim.

"Ayah!" anak yang berusia empat tahun itu teruja dapat melihat ayahnya di depan mata.

"Zill, mana umi?" soal Alif Muhaimin kepadanya yang sedang bermain seorang diri di ruang tamu.

"Ilik," jawab dia pendek yang masih lagi pelat dan tidak petah berbicara.

Alif Muhaimin mengusap kepala anak lelakinya itu sebelum dia mengucup di dahi dan berlalu pergi naik ke bilik.

Selepas sahaja Zillqayyim lahir, pintu rezeki mereka bertambah luas. Mereka berdua berpindah ke sebuah apartment mewah yakni 'penthouse'. Mereka lebih suka duduk di rumah begitu berbanding teres mahupun banglow.

Butik juga begitu. Berpindah ke butik yang lebih besar dan mempunyai wisma sendiri. Semuanya atas hasil usaha mereka berdua.

Sebaik Alif Muhaimin melangkahkan kaki ke bilik mereka, dia terlihat Fatima sedang duduk termenung di beranda. Melihat posture badan Fatima, Alif Muhaimin tahu yang isterinya sedang marah.

"Assalamualaikum," sapa Alif Muhaimin sambil dia merangkul badan Fatima.

Fatima yang terkejut menjungkit sedikit bahu menoleh Alif Muhaimin lalu lantas melepakan pelukannya, "Waalaikumusalam," dia melangkah masuk semula ke dalam bilik selepas menjawab salam.

Dia duduk di birai katil lalu mencapai telefonnya.

"Sayang, kenapa ni? Kenapa biarkan Zill main sorang-sorang dekat bawah?" soal Alif Muhaimin.

Fatima meletakkan telefonnya di tepi lalu dia menoleh memandang Alif Muhaimin, "Sepatutnya Zahra yang tanya abang soalan tu. Abang pergi mana?"

"Abang pergi office sekejap. Siapkan..." belum sempat Alif Muhaimin habiskan kata Fatima sudah memotong.

"Sekejap abang kata? Abang pergi dari pagi and now dah pukul enam petang! And today is weekend! Satu-satunya hari yang kita boleh and kena spend time dengan Zill. But, where are you? Dari pagi dia tanya mana ayah dia," Fatima sudah naik berang.

Selepas sahaja Zahmin Cosmetics dapat menembus di pasaran Europe, Alif Muhaimin sungguh menjadi manusia yang paling sibuk. Lagi sibuk dari Fatima memandangkan dia merupakan COO dan juga ketua bahagian marketing department mengambil tempat Fatima.

Sudah tiga minggu Alif Muhaimin tidak meluangkan masa di rumah bersama Zill. Cuma Fatima seorang sahaja menemani anak lelakinya itu ke sana dan ke sini setiap hujung minggu. Ditambah pula dengan dia yang sedang mengandung sudah empat bulan membuatkan dia menjadi mudah letih dan lebih beremosi.

"Okay I'm sorry. Esok abang janji abang tak pergi office and kita keluar sama-sama dengan Zill," ujar Alif Muhaimin.

Fatima memandang Alif Muhaimin lalu menggeleng, "You will not. Esok flight abang pergi London, remember?"

Alif Muhaimin menekup wajah. Dia hampir terlupa tentang penerbangannya ke London atas urusan Zahmin Cosmetics. Tetapi tiba-tiba keningnya dikerut, "But, flight abang? Flight kita, kan?"

Fatima menggeleng, "Zahra tak pergi. Zahra duduk sini dengan Zill. Abang pergilah sorang,"

Alif Muhaimin terkejut dengan kata-kata Fatima, "But why? Partner nak jumpa Zahra sekali. Not only me!"

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now