Special Edition 100k VI

6K 184 24
                                    

"Assalamualaikum," apabila kaki Puan Kalsom dan Syafika melangkah masuk ke dalam wad, dia terus memberi salam.

Serta merta salam itu dijawab oleh Alif Muhaimin dan Fatima.

"Acu bila sampai?" soal Alif Muhaimin sambil dia menyalam wanita itu.

"Malam tadi. Ingat nak singgah semalam, tapi tak larat la pulak," jawab Puan Kalsom.

Syafika awal-awal lagi dia sudah duduk di sebelah Fatima yang sedang mengendong anaknya yang baru dilahirkan pagi semalam. Dicuit pipi itu, "Nama dia apa kak?"

Fatima senyum, "Nur Zillzahira," lalu dia memandang Puan Kalsom.

Puan Kalsom senyum. Dia tahu nama itu diberi semperna dengan siapa.

Nama itu diberi oleh Alif Muhaimin. Memang sengaja dia memilih nama itu semperna dengan nama arwah ibu Fatima. Supaya dia boleh melepas rindu sentiasa.

"Acu lama ke dekat sini? Kalau Timah nak pantang dengan acu boleh?" soal Fatima.

"Boleh. Lagipun Syafika tengah cuti semester. Bolehlah acu jaga kamu dua minggu ni,"

Syafika sudah pun menyambung Ijazah di Kuala Lumpur. Semasa diploma dahulu dia sempat praktikal di butik Az-Zahra bahagian akauntan.

"Mana Zillqayyim?" soal Syafika.

"Ikut Kak Aisya pergi cafe,"

###

Setelah dua bulan Fatima habis perpantang, dia sambung semula bekerja. Nak pula, lagi dua tiga hari lagi pelancaran Baby Girl Edition akan berlangsung. Dia perlu mengambil tahu walaupun sedikit tentang pelancaran itu.

"Saya dah jemput semua tetamu yang Encik Alif suruh. And respond semua kata Yes," ujar Nisa.

"Anggaran jemputan berapa orang?" soal Fatima.

"Lebih kurang dalam 200 orang termasuk dengan VIP guest and our reseller,"

Fatima mengangguk. Rakan-rakan perniagaannya dijemput juga dengan pengedar-pengedar Zahmin Cosmetics. Mereka merupakan tunjang utama dan juga rakan pesaing yang baik.

"Goodies?" soal Fatima lagi

"Settle semua,"

"Catering?"

"Pun sama bos," jawab Nisa.

"Sayang, janganlah risau sangat. Everything I already handle it," tiba-tiba Alif Muhaimin muncul entah dari mana. Tersenyum dia melihat gelagat Fatima.

"Ya la, masa abang handle collection edition untuk Zillqayyim macam-macam jadi. So Zahra tak nak jadi lagi," jawab Fatima.

Hampir terlupa catering, goodies tidak cukup. Tempat duduk tetamu tidak bersesuaian dan dewan terlalu kecil. Macam mana Fatima tidak risau. Haih! Lelaki ini dari dulu cuai.

"InsyaAllah everything went well okay sayang. Now sayang naik office rehat. Tunggu abang dekat atas," arau Alif Muhaimin.

Fatima yang sedikit sudah rasa penat hanya akur dan terus mengangguk. Kakinya terus melangkah naik ke atas. Dia labuhkan punggung di sofa sambil membelek telefonnya.

Tak lama kemudian, Alif Muhaimin datang kepadanya, "Are you okay?"

Fatima mengangguk, "Okay je,"

"Kejap lagi kita pergi makan nak?" soal Alif Muhaimin.

Fatima menggeleng, "Tak payah la. Lagipun esok kita kena siap awal. Takut nanti Zills penat,"

"So sayang nak masak?"

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now