"I'm sorry,"
Fatima terdiam, 'Kenapa nak minta maaf pula ni?'
"Sebenarnya pagi tadi..."
Belum sempat Alif Muhaimin habis berbicara, Fatima sudah memotong, "Err saya nak mandi dulu," perlahan-lahan Fatima menarik tangannya lalu melangkah ke bilik air.
Fatima mendengar suara Alif Muhaimin yang melepaskan keluh. Bukan dia mahu lari, tapi memang benar dia betul-betul rimas. Dia betul-betul mahu membersih diri.
Selepas lima belas minit, Fatima kembali keluar dari bilik. Perutnya betul-betul rasa lapar. Dia masih belum makan dari tengahari. Sibuk punya pasal, sanggup dia tidak keluar dari butik.
"Kita makan dulu," ujar Fatima kepada Alif Muhaimin yang sedang termenung di sofa.
Alif Muhaimin hairan. Sepatutnya dia perlu berbincang. Tetapi Fatima seolah-olah berlakon tiada apa-apa yang terjadi antara mereka.
Ketika makan, masing-masing senyap. Memang dua-dua sedang lapar kebuluran. Tambah pula dapat nasi briani dari Naziha. Bertambah selera kedua-duanya.
Selesai makan, masing-masing duduk di hadapan tv. Fatima duduk sedikit jauh dari Alif Muhaimin. Mood untuk berbincang sudah tiba.
"Kenapa abang minta maaf tadi?" soal Fatima ingin memula bicara.
"Sebenarnya pagi tadi..." dia berjeda.
"Okay before that, Zahra pun nak minta maaf juga," potong Fatima, "I'm sorry for what I had saying to you last night. Tak ada niat nak sakitkan hati abang," ujar Fatima terlebih dahulu.
Alif Muhaimin senyum nipis, "Tak, Zahra tak ada salah apa pun dengan abang. Cuma abang yang terlebih merajuk,"
"Abang merajuk?"
Alif Muhaimin mengangguk, "Sebab tu abang tak buka pintu pagi tadi,"
Fatima memuncung, "Tahu tak hari ni Zahra kerja tak tenang sebab fikirkan abang! Zahra ingat abang marahkan Zahra,"
Alif Muhaimin terus menarik Fatima dalam pelukannya, "Tak, abang tak marah. Abang merajuk je,"
Fatima melingkari tangannya di pinggang Alif Muhaimin, "Kenapa abang merajuk?"
"Abang merajuk sebab sayang tak tidur dengan abang malam tadi,"
Fatima terus mendongak, "Ha?"
"Abang tunggu sayang malam tadi lama sangat. Alih-alih sayang tidur bilik sendiri. Sebab tu abang merajuk," ujar Alif Muhaimin.
"Zahra dah berdiri depan pintu bilik abang dah semalam. Tapi tak akan Zahra nak tiba-tiba masuk. Dah la Zahra cakap Zahra tak percaya dekat abang, tiba-tiba nak datang tidur dengan abang pula," ulas Fatima panjang lebar tentang kejadian malam semalam.
Alif Muhaimin senyum, "Malam ni tidur dengan abang okay?"
Fatima mengangguk, "Okay,"
"Abang tak tidur lena malam tadi sebab tak ada orang peluk. Tak ada Zahra,"
Fatima terus menjauh, "Tapi sebelum ni okay je,"
"Tu sebelum ni. Lepas abang rasa seronok tidur berteman, terus rasa sunyi bila Zahra tak ada. Macam manalah abang nak fly nanti," ujar Alif Muhaimin sambil dia memuncung.
Fatima ketawa kecil, "Okay malam ni Zahra peluk abang kuat-kuat," Fatima kembali memeluk suaminya.
Mata Fatima tertancap pada tangan kanan suaminya, "Tangan ni bila nak baik?" Fatima menyentuh tangan itu perlahan.
"Kenapa?"
"Tak best abang peluk Zahra guna sebelah tangan je," ujar Fatima manja sambil dia tahan senyum.
YOU ARE READING
[C]Peluang Kedua: Fatima Az-Zahra
RomanceSungguh aku terkejut melihat suamiku sendiri di atas katil sedang melakukan hubungan songsang. "Kalau kau bagitahu mama atau papa, aku tak akan teragak-agak untuk halau kau keluar," - Alif Muhaimin Datuk Rosman "Awak simpan saya sebab mama. Bukan se...