24. Ghairah Lelaki

9.4K 210 14
                                    

Tepat jam enam petang, Alif Muhaimin tiba di hadapan butik Fatima. Memang Fatima sengaja menyuruh Alif Muhaimin menjemputnya pada waktu begitu kerana hari ini pekerjanya memakai baju uniform; blouse biru bersama tudung hitam. Jadi nanti mesti dia hairan mengapa Fatima tidak memakai baju yang sama orang lain pakai.

Fatima masuk ke dalam kereta dengan keadaan yang lemah longlai. Entah kenapa hari ini dia rasa penat lain macam. Mungkin kerana sibuk menguruskan majlis pelancaran kosmetiknya yang akan berlangsung tidak lama sahaja lagi.

"Kau okay? Apahal muka kau pucat?" soal Alif Muhaimin.

Fatima mengangguk, "Okay, saya penat sikit je," jawabnya.

Alif Muhaimin mengangguk perlahan, "Aku... aku nak bawa kau balik rumah mama hari ni. Boleh?"

Fatima menoleh, "Kenapa nak balik rumah mama?"

"Aisya cakap, papa pergi kursus. So I think this is the right time untuk aku minta maaf dekat mama. Kalau aku pergi masa papa ada, mesti dia pelik. Tanpa sengaja, papa akan tahu rahsia aku,"

Fatima senyum lalu dia mengangguk, "It's a good idea. Tapi awak kena kuat. Awak kena betul-betul yakinkan mama bahawa awak berusaha untuk berubah,"

"Kau pun kena tolong aku juga. Tolong back up aku. Kadang-kadang aku takut dengan mama,"

Fatima mengangguk, "Kalau bukan saya yang nak tolong awak, siapa lagi?"

Sebaik Fatima berkata begitu, terus semangat Alif Muhaimin berkobar-kobar. Lalu keretanya itu memandu memecut laju menuju ke arah rumah Datin Zaleha.

"Aisya, mama mana?" soal Alif Muhaimin sebaik mereka sudah tiba di hadapan rumah agam itu.

Tangan Fatima dicium Aisya, "Siang tadi mama pergi jumpa kawan. Dia baru je balik tu. Dekat atas, tengah mandi agaknya,"

Mereka bertiga sama-sama masuk ke dalam rumah dan menuju ke ruang tamu. Sebaik punggung dialabuhkan, kedengaran suara lantang Datin Zaleha di tangga.

"Kamu buat apa dekat sini Alif Muhaimin?"

Terus tiga pasang mata itu memandang tepat ke arah Datin Zaleha. Dia melangkah ke arah mereka bertiga dengan muka yang serious. Dahinya berkerut.

Fatima yang paling hampir dengan Datin Zaleha menyalam tangan wanita itu, "Kamu duduklah," ujarnya.

Fatima mengangguk lalu dia melabuhkan punggung di sofa empuk itu. Tetapi apabila Alif Muhaimin menghulur tangannya untuk bersalam, tangannya tidak disambut. Datin Zaleha hanya melintasi lelaki muda itu lalu dia berdiri di pintu gelongsor sambil memeluk tubuh.

"Buat apa kamu datang sini Alif?"

Alif Muhaimin melangkah ke arah Datin Zaleha. Dia berdiri di belakang wanita itu, "Alif datang nak minta maaf,"

"Minta maaf untuk apa?"

"Alif banyak buat dosa dengan mama. Alif minta ampun. Alif janji Alif berubah mama. Mama maafkan Alif," Alif Muhaimin cuba untuk meraih tangan wanita itu.

"Kamu tak patut minta maaf dengan mama. Kamu patut minta maaf dengan Tuhan," ujar Datin Zaleha sambil dia menepis tangan Alif Muhaimin, "Minta maaf dengan isteri kamu sekali,"

Fatima memandang Aisya yang duduk di sebelahnya dan tiba-tiba dia terus bangun, "Mama, Muhaimin dah lama minta maaf dengan Fatima. Fatima pun dah lama maafkan Muhaimin. Kami datang untuk mohon maaf dari mama pula," ujar Fatima.

"Mama pernah cakap dulu kan, selagi kamu tak berubah, mama tak akan maafkan kamu," ujar Datin Zaleha sambil dia menunding jari kepada anak lelakinya.

[C]Peluang Kedua: Fatima Az-ZahraWhere stories live. Discover now