Chat lagi

389 54 39
                                    

Aku periksa mata sendiri di hadapan cermin. Halamak dah macam mata Tao. Mana taknya semalam aku tak boleh tidur.

Selesai berpakaian, aku pun mencapai telefon untuk tengok balik chat dari Jimin. Ada! Aku tak mimpi rupanya.

"Meow, nak buat macam mana ni aaaaaaa." Aku menepuk-nepuk perut kucing ku yang sedang tidur.

Sekali dia gigit, bapak sakit. Nasib dia lari lepas tu, kalau tak dah aku cukur bulu dia.

Ting..ting...

Dengar sahaja bunyi notification dari gmail, aku terbang balik ke atas katil. Di bawah selimut, aku buka chat dari ya dari JIMIN. Aku sebut sekali lagi dari JIMIN.

Chimluvcookie: Dah ke sekolah?

Patut ke aku balas wei? Kalau terbongkar macam mana? Tapi sayanglah kalau tak balas. Ahh balas je la.

Fattyashik: Belum. Kenapa?

✉ Chimluvcookie: Tak sabar nak jadi detective conan kejap lagi. Nak tengok rupa orang yang sukakan saya tu.

Berderau darah aku. Dia nak tengok aku? Aku yakin lepas Jimin tengok aku mesti dia akan reject aku. Aku tak sanggup.

Fattyashik: perlu ke? Saya tak cantik. Kalau awak jumpa saya pun sah awak tolak saya kan?"

✉Chimluvcookie: yang tak cantik? Saya rasa saya ada tengok orang yang tak cantik.

Mampusss, aku lupa aku sorang yang paling tak cantik dalam kelas. Semua slim kecuali aku. Kan dah cakap mesti kantoi!

Fattyashik: Sape yang tak cantik tu?

✉Chimluvcookie: budak lelaki kelas kita. Semua tak cantik.

Hambar do Jimin!! Lawak sangatlah. Aku debar tau tak?.

Budak laki kelas aku bukan kata tak cantik, kacak pun tak. Mulut cam longkang hush.

Fattyashik: Habis takkan tak ada yang paling hodoh dalam kelas kot. Mimi yang gemuk hitam tu tak hodoh?

Aku benci taip ayat macam tu tapi tak apalah aku hanya nak menguji dia. Kenapa aku rasa sedih pula ni?

Chimluvcookie: Kenapa awak nak hina dia? Awak rasa awak cantik sangat? Saya ingat awak ni perempuan baik. Takpelah bye.

Jimin offline.

Aku kena marah guys tapi apesal aku senyum panjang ni weh kyaaaaaaaaaaaa Jimin protect aku...aaaaaaaa sweet gila. Dia tak rasa aku paling hodoh.. Huaa aku terharu. Nampaknya makin cinta lah aku kat dia. Oh tidak.

Inilah hari paling bersemangat aku nak pergi sekolah. Selama ni pergi sekolah lah paling aku menyampah, hari ni aku happy gila. Senyum memanjang dari dalam tandas lagi.

Masa kencing SENYUM

Masa pakai tudung SENYUM

Masa makan SENYUM

Masa kat jalan raya SENYUM

Masa orang pandang SENYUM

SENYUM, SENYUM, SENYUM

Kalau difikirkan balik mesti Jimin rasa menyampah dengan si fattyashik tu jadinya mesti dia dah tak nak cari tahu siapa si fattyashik tu. Yeaayyy aku selamat.

Jom kita sambung aktiviti bercrush huhu...

Aku tak kisah biar pun bertepuk sebelah tangan asalkan aku tak direject depan-depan. Tu pun dah cukup membahagiakan dah.

Ok, tak sebenarnya..macam juga aku cakap cukuplah aku minat bts dari jauh tapi dalam hati aku sedih doo tak boleh jadikan mereka hak aku.

HANYA MAMPU BERANGAN.

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now