"Nisha, kau ulangkaji tak? Mana tahu hari ni cikgu nak buat kuiz Kimia ke."
"Eh, kena baca ke? Bagi aku tanpa membaca pun aku boleh jawab. Aku ada cara aku tersendiri untuk berjaya."
"Cara apa?"
"Tiru kau."
Hoho banyak cantik muka kau Nisha. Aku belajar sampai hingus terjuntai kau senang-senang je nak tiru. Langkah mayat aku dulu.
"Ingat aku nak bagi." Aku mencebik.
Beberapa minit kemudian cikgu Kimia kami pun muncul. Seperti yang dijangka memang ada kuiz kimia. Nasib baik aku dah ulangkaji semalam.
Aku kan bukan pelajar pintar. Setakat dapat 97 peratus je dalam bahasa Inggeris. Jadi aku kena usaha lebih lagi berbanding orang lain. Lainlah crush aku tu.
"Ok, Sebelum saya ajar bab seterusnya, saya nak buat kuiz untuk bab tiga. Sila simpan buku teks dan keluarkan kertas A4."
"Masin mulut kau Mimi. Aku syak kau ni kerap rasa tahi hidung sendiri."
Amboi kau Nisha, aku baham kan aaaa..
"Syuhhh.. Main jauh-jauh. Jangan cakap dengan aku sebab aku tak ingat kau ni kawan aku atau bukan."
"Oh mentang-mentang ada kuiz, kawan kau buang ya. Masa kau letih dulu aku yang piggyback, kau kentut aku yang tolong coverkan sampaikan masa kau terlekat tulang ikan, aku yang tolong buat pernafasan dari lidah ke lidah."
"Weii geli aku."
" Olololo geli ke? Tapi kau seksi aumm.." Nisha menguis-nguis jari aku.
"Kau ni dah kenapa, blah la."
Nisha menongkat dagu sambil memerhati muka aku. Aku sendiri tak faham kenapa sekarang ni dia tersengih-sengih kat aku. Gerun aku. Nisha ni otak byuntae, jaga-jaga.
Setelah cikgu menulis soalan di papan hitam, kami pun mula menjawab soalan tersebut.
Soalan kuiz hari ni sikit je. Satu soalan. Jawapan pula mesti dalam dua muka surat sahaja.
Akhirnya siap juga. Aku sempat curi-curi pandang ke arah Jimin. Dia pun nampaknya dah siap. Fauzan kawan Jimin, macam tengah merungut sesuatu kat dia tapi dia hanya tergelak kecil sambil menepuk bahu fauzan.
Kenapalah aku tak dilahirkan sebagai bahu Fauzan???
"Ok, masa dah tamat, berhenti menulis." Ujar cikgu Ainur sambil mengutip kertas jawapan kami.
"Ok, saya nak kamu tolong periksa jawapan kawan kamu. Jangan ambil yang sendiri punya." Cikgu Ainur memberikan kertas kepada kami secara rawak.
Aku harap aku dapat yang Jimin punya!!!
"Nah."
Kertas jawapan yang dihulurkan oleh cikgu Ainur, aku sambut dengan penuh debaran.
Please I want Jimin's paper. Aku isteri dia, aku berhak.
Aku cepat-cepat menutup bahagian nama dengan tanganku. Mata aku pejam rapat-rapat. Perlahan-lahan aku mengalihkan tangan ku.
Nur Solehah Binti Harun
Argghhhhhhh apa benda ni? Kenapa bukan Jimin?? Ni yang buat aku rasa frust ni. Nak je aku pergi patahkan semua kapur-kapur dalam kelas lepas tu bergusti dengan Nisha tepi longkang. Aku geram tahu tak?.
"Ahhh Nisha.. Kenapa dunia ini kejam pada ku? Aku nak kertas Jimin je pun. Bukan aku nak cium dia ke apa. Tapi best juga kalau dapat hik hik hik."
"Gedik." Balas Nisha sepatah. Guys aku gedik? Aku manja je. Korang apa tahu!
YOU ARE READING
Crush si Obes (P.J.M)
Humorkau ingat sebab aku obes aku tak berhak ada crush? Crush kan free. jadi lantak I -Mimi pelakon reader and aku as mimi park jimin bts as jimin plakon extra- xpayah nak tulis. malas