Award

311 45 39
                                    

"Nisha, mana kau ni. Jangan cakap kau tak datang hari ni. Kalau betul kau tak datang aku beritahu satu kelas yang kau ship Dato Seri Vida dengan Jung Kook. Biar satu Malaya serang kau."

Aku tak boleh nak duduk diam selagi aku tak bincang pasal hal Jimin dengan Nisha. Semalam aku spam hampir 50 ribu mesej dekat whatsapp. Nisha cuma balas 'ok, aku balas esok'. Kurang ajar punya member!

Biasanya kalau orang menangis mata jadi bengkak, tapi aku pula lain jadinya. Mata tak bengkak tapi hidung naik jerawat. Nasib baik hari ni tak ada pembentangan kalau tak mesti aku terpaksa 'hapuskan' jerawat tersebut.

Akhirnya Nisha muncul jua. Aku tak boleh pandang muka dia lama-lama sebab aku rasa geram. Sekarang ni kata-kata Jimin tiba-tiba sahaja terngiang-ngiang dalam kepala otak aku.

"Awal sampai." Aku sengaja memerli Nisha. Kesian padahal bukan salah Nisha. Ah, lantaklah.

"Dah pukul 7.40 ke? Awal gila. Patutnya aku muncul lima minit selepas kelas bermula. Hari ni hari paling bersejarah dalam hidup ku. Sesungguhnya aku kini mula berhijrah menjadi gadis paling awal ke sekolah."

"Tak nak cakap banyak.. Aku nak.."

Belum sempat aku berkata apa-apa Nisha dah siap letak tupperware dia depan aku. Dalam tu ada mangga muda yang dipotong kecil. Di atasnya dituang sos pencicah. Air buah mangga tersebut mengalir dan sebati dengan cairan pencicah. Air liur aku tiba-tiba merecik. Hush...

"NISHA!!!!!"

"Apa?" Nisha yang baru hendak mengeluarkan botol minuman terkejut akibat jerkahan aku. Kawan-kawan yang lain buat tak tahu je. Pelik.

"Lain kali letak nanas sekali tau. Aku kan fanatik dengan nanas. Masam manis perghhh.. Yang ni aku makan dulu ya."

"Makanlah tapi jangan sampai tinggal pencicah saja. Aku tak makan lagi tau." Pesan Nisha sambil membetulkan tudungnya. Dia memang pantang kalau bab-bab tudung ni tapi mandi dua hari sekali. Hampeh!

Setelah siap makan, cikgu bahasa Inggeris kami pun masuk kelas. Tak sempat aku nak bahas pasal masalah tersebut. Terpaksalah bersabar dahulu. Hem..

Sepanjang sesi pembelajaran, aku langsung tak dapat nak fokus. Sesekali aku memandang ke arah Jimin dan sesekali juga aku menoleh ke arah Nisha. Khusyuk betul mereka mencatat kata-kata cikgu.

Aku sedih. Langsung tak ada mood nak belajar. Aku tak dapat bayangkan kalau suatu hari nanti aku terpaksa relakan diri tengok mereka berkepit dan bersweet-sweet dengan satu sama lain.

Ya Tuhannnn aku tak kuat!!!!

"Ok, ada setengah jam lagi. Jom main game." Ujar Sir Im.

"Game apa sir Im?"

"Kelmarin kan majlis Anugerah Skrin baru berlangsung, jom kita buat-buat macam hari ni hari  4 Arif's Award. Ala, jomlah main. Ke nak tulis karangan lagi?."

"Main , main, sir. Tak nak dah essay." Budak-budak kelas 4 Arif mula kecoh. Biasalah budak-budak malas. Essay bukan susah pun. Setakat 7000 perkataan. Dalam bahasa Inggeris pula tu bukan bahasa Nigeria.

Aku jujur je bukan perasan bagus, guys.

"Ok, semua tulis nama masing-masing dalam kertas kecil. Gulung dan kejap lagi saya pungut. Kita nak buat ala-ala cabutan bertuah."

Setelah selesai menulis nama. Aku pun bagilah kertas tersebut kepada Sir Im. Agak-agaknya apalah award yang aku akan dapat kejap lagi. Harap-harap aku dapat Golden Maknae best wife awards.

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now