Salah Faham

256 46 17
                                    

Hari ini aku datang sekolah dengan mata yang bengkak. Semuanya sebab teruk sangat menangis semalam. Dah la aku tersilap lap mata dengan tangan aku yang baru lepas sentuh kuah ramen. Ramen plastik hitam pula tu.

Malang betul nasib hamba.

Aku masih tak dapat lupakan bayangan Jimin dan bakal pengganti ku yang erhhhh gedik kalah Yoonji dalam bts run. Gedik weh, geli aku.

Aku yakin yang aku nampak bukanlah adik Jimin, si Jia. Sebab Jia mana pakai tudung bawal. Ikat tengah pula tu. Kenapalah ketinggalan zaman sangat perempuan tu. Baik pakai serban atuk aku je!

Sekarang ni lah aku sangat-sangat perlukan Syahir. Baru terasa betapa bermaknanya kau Syahir.. Oh syahir please buat comeback dalam fanfic ni. Aku rindu kau, weh.

Betullah pepatah orang Melayu, bila dekat bau taik, bila jauh bau V. Oh tolonglah Syahir datanglah balik. Lebih baik kau yang jadi pengganggu hubungan aku daripada perempuan tu.

Agaknya inilah perasaan bimbang si Nisha bila dia dengar gosip yang Sope dan Yoonmin akan digantikan dengan Yoonpearl and SJpearl. Huaaa apa otak aku merepek ni sia.

''Aarkk!!!" Terjerit aku bila ada yang menarik tudung aku dari belakang. Bila aku menoleh ternyata orangnya adalah NISHA!!

"Kau kenapa, Gi--- g-hope wifeu?"

"Aku panggil dari tadi kau tak dengar. Terpaksalah aku tarik apa yang patut. Awalnya aku nak tarik kain sampai terlodeh hehe.."

Woit. Sila meninggal dikau Nisha!

"Tak pergi kantin ke?"

"Malas. Aku tak ada selera." Balas ku sepatah. Aku tak ada mood nak makan. Dekat kantin mesti ada Jimin. Sebaiknya aku pergi melepak di perpustakaan je.

"PERPUSTAKAAN???? YA ALLAH MIMI.." Nisha menutup mulutnya seakan tidak percaya bila lihat aku berhenti di depan perpustakaan. Gedik betullah Nisha aku ni.

"Apesal?"

"Kau tanya aku kenapa, eh kau tiap kali aku ajak pergi perpustakaan mesti kau ugut nak  tayang abs depan perhimpunan. Bagai nak gila aku pujuk kau tapi kau mencarut atas muka aku."

"Kelmarin kau pergi perpustakaan dengan siapa?"

"Mimi."

"Minggu lepas?"

"Dengan Mimi."

"Beberapa hari yang lepas?"

"Mimi."

"Jadi kau masih nak mengata aku lagi? dalam tahun ni dah banyak kali aku teman kau, kau tak nampak lagi pengorbanan aku? Kau nak tuduh aku lagi? Fikirlah dulu sebelum sembang."

Nisha senyap. Ha, baru reti nak diam? Dah insaf?"

"Aku buat macam-macam untuk bawa kau ke perpustakaan tapi kau cakar-cakar muka aku guna penyapu budak tingkatan satu. Kau belasah aku tiap kali aku bawa ke sini. Kau rembat bulu ayam lepas tu pukul belakang aku sampai berbirat bla bla bla."

SOMEONE SHOULD SLAP THIS GIRL, PLEASE.

Aku terus masuk ke dalam perpustakaan. Malas aku nak dengar bebelan Nisha. Tak tahukah dia sekarang aku tengah bermasalah.

Aku mengambil tempat di kawasan yang agak tersorok. Aku mengeluarkan buku nilam dari poket baju sekolah aku. Jangan tanya macam mana aku sumbat benda alah tu. Kalau tanya juga, aku sumbat korang celah gigi anak Jeon.

"Emph, patutlah." Nisha akhirnya baru tahu niat sebenar aku ke sini.

"Kau dah siap isi ke? Esok cikgu dah nak kutip." Soal ku.

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now