Melawat

252 41 40
                                    

"Nisha, habislah aku macam mana ni."

Aku mula meroyan tak tentu pasal. Biasalah bila dah buat salah kan? Macam ni lah jadinya.

"Weh, Nisha dah, dahlah pandang nurse tu. Aku tahulah taste kau muka petak rectangle macam dia."

Nisha yang sedang khusyuk pandang abang nurse dari jauh terus memberi tumpuan sepenuhnya kepada aku yang dah bagaikan babun bergelora.

"Ala, rileks la beb. Tak payah la takut bukan kau bunuh Syahir pun. Aku yakin Syahir ok."

"Kalau tak ok?"

"Baik kau bersiap sedia untuk mereput dalam penjara bersama banduan hik huk hek hok." Nisha ketawa serancak mungkin selepas buat lawak.

Hambar ok hambar.

Kami berdua terus menuju ke bilik yang disebut oleh jururawat tadi. Bilik di mana seorang manusia bernama Syahir ditempatkan.

"Ha tu biliknya. Jimin ke tu?" Nisha menunjuk ke arah lelaki yang sedang berdiri di luar bilik wad.

Aku terus menarik Nisha dan memaksanya menyorok di balik dinding. Masa aku tengah tarik dia, aku berundur sedikit ke belakang tapi nasib aku tak baik. Terlanggar mak cik cleaner yang mulut laser Ya Robbi.

"Aduh budak-budak ni. Sakitlah belakang aku."

"Mak cik maaf mak cik. Saya tak perasan."

"Tak perasan? Aku punya besar kau tak perasan.''

Aku tepuk belakang Nisha untuk suruh dia minta maaf bersama-sama aku.

"Kawan saya noob sikit mak cik. Maaf."

Bapak ah Nisha, aku, dia kata noob? Ha, memang aku noob tapi aku budak noob yang hot, kalau tak kenapa Jimin suka aku dan kenapa tujuh orang Abangtan sanggup buat lagu Just One Day untuk confess kepada aku?

Sila jawab.

"Oh dah tau dah. Budak perempuan pantang nampak lelaki dahi petak licin sikit terus tak ingat dunia kan?" Tuduh mak cik tersebut. Dia ingat aku jadi macam tu sebab skodeng Jimin.

Hadoi.

"Adik!" Mak cik tersebut panggil Jimin yang baru hendak melangkah.

Mampus daku mampus. Kenapa pula mak cik tiba-tiba panggil Jimin. Aku dah lah cuba lari dari dia. Masaklah aku.

"Saya ke, makcik?"

"Ha ya. Ni budak dua orang ni terhendap-hendap dari tadi. Diaorang berdua agaknya peminat kamu. Elok-elok sikit. Muka budak berdua ni dah serupa macam kaki rembat boxer orang je mak cik tengok"

Apakah...

Guys, kalau mencarut dosa kecil je kan?

Fuhh..

Malu sia bila Jimin pandang aku macam tu. Jimin diam saja bila aku kena bahan dengan mak cik tadi. Jadi aku yakin Jimin masih marah pasal aku buat Syahir jadi macam tu. Lelaki kalau dah merajuk memang sama ke macam perempuan? Ke perempuan lagi lama?

Lepas mak cik itu mengangkat kakinya dari situ, aku cuba memberanikan diri untuk bersemuka dengan Jimin.

Aku nampak muka dia kelat. Sejujurnya, aku tak heran sikit pun bila Syahir buat muka kelat tapi bila Jimin buat macam tu, aku rasa takut. Aura sekeliling tiba-tiba jadi gelap. Ada yang paling menakutkan, yes dia nampak hot. Hehe..

Angry kiss is the best kiss

Opss. Aku merapu apa ni?. Ok fokus!.

Aku membatu di situ. Cara Jimin pandang aku berjaya buat aku rasa lagi takut. Rasa macam dia seorang cikgu yang nak rotan aku pula.

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now