Dari semalam lagi aku tak berhenti meroyan semuanya sebab surat tu lah.
Macam-macam yang aku buat untuk tenangkan diri. Aku dah terbang macam superman merentasi ampaian baju mak. Aku rolling di udara. Gigit sayap lipas, kejar itik yang tengah berak dan tersengih dalam gelap tapi semua tu tetap tak buat aku tenang.
"Huwaaaaa kenapa aku bodoh sangat pergi terbangkan surat tu. Tak pasal-pasal Jimin dah tahu."
Aku meraung sambil bergolek ke kiri dan ke kanan katil siap lastik cicak kat syiling. Aku dah macam tak betul. Nasib baik hari ni hari cuti umum kalau tak aku gigit meja orang satu-satu. Tapi esok dah sekolah warghhhhhh.
"Baik aku cakap kat Nisha. Mungkin dia ada solusi. Dia bukannya tak tahu aku syok kat Jimin. Mana telefon aku ni."
Aku meraba-raba laci meja lalu aku ambil telefon aku. Pasword VTERCIUMMIMI aku taip. Aku segera mencari chat yang tertera nama nisha.
📩 Hai Nisha. Free tak? Aku nak ajak sembang. Kucing aku tak ada aku bosan.
📩La..kucing kau gi mana?
📩Tadi dia nampak awek dia, dia ikut la. Tak perasan agaknya kucing aku tu ada longkang depan mata, jatuh pula dia dalam tu. Aku cekak ekor rendam dalam baldi. Patut ke aku cloroxkan sekali?
📩Tak payah rendam. Letak dalam mangkuk tandas pastu tutup. Selesai.
📩Hahaha..gila kita dua. Lega weh aku. Thanks hiburkan aku.
📩Ada masalah ke?
📩Ya.
📩Apa?
Aku pun gigih la taip semua masalah aku kat dia. Ada lah dalam 1000 words lepas tu aku bersedia dengan emoji 💩 kalau dia bagi aku bluetick saja. Bukan sekali dua dia seen aku. Geram!!
📩Kau ada tulis nama ke alamat ke? Username wattpad kau ke? Atau kau ada tertulis sekali pasal kegiatan kita memalam baca fanfic byuntae kat wattpad.
📩Semua tak ada.
Korang abaikan ayat tu. Aku tak layan byuntae memalam serius, serius. Opss asal hidung aku tetiba keluar kekatu?. Aku pinochio ke?
J📩jadi tak payah lah bimbang. Bukan dia tahu pun kau yang tulis. Mungkin dia anggap tu surat budak gay yang syok kat dia hantar.
📩Ye tak ya juga. Tq. Chow dulu.💋💋
Apesal la aku lembab sangat. Aku tak terfikir langsung. Hush..selamat aku.
Bila dah tenang, baik aku layan video kat youtube. Nak tengok video kena tengok dalam gelap. HIHIHI.. Jangan fikir bukan-bukan. Aku cuma nak tengok pakwe aku dalam kualiti 1050 HD je.
Siapa dia? Jung Kook bts huhuhu.. Bila gelap, aku hanya nampak dia yang lain sila nyah dari mataku.
Toit toit..
Ada notification daripada gmail. Aaaa pengganggu betul la. Asal buka data je mesti macam ni. Orang nak dating. Ni sah notification dari orang yang aku follow kat wattpad. Kalau aku tahu siapa dia aku spam vomment cukup-cukup dalam fanfic dia. Huh.
"Aik?" Aku membuka inbox gmail.
✉ From: Chimchim.gmail.com
To: fattyashik.gmail.comHai.😃
"Siapa pulak ni? Chimchim? Asal bunyi macam nama burung?. Ke dia ni jenis berak atas kepala orang sebab tu guna nama ni. Malas aku nak layan. Tengok Run bts lagi baik."
Tiba-tiba dia menghantar chat kat aku.
Chimluvcookie: Kenapa awak suka Jimin?
Berderau darah aku baca chat dari dia. Sape ni? Mana dia tahu pasal ni? Kepala terasa berputar 360 darjah akibat terlalu terkejut.
Aku ada tulis nama ke? Habislah. Macam mana aku nak hadapi Jimin nanti? Dia mesti kutuk aku teruk-teruk punya. Aku obes mana layak nak suka dia. Aku takut.
Fattyashik: Awak siapa? Kenapa cakap macam tu?.
Chimluvcookie: Sebab awak dulu yang cakap macam tu. Awak cakap awak suka dia.
Fattyashik: Siapa bagitahu awak?
Chimluvcookie: Surat awak. Kebetulan pula awak ada tertulis alamat emel kat belakang kertas.
Bodohnya aku!! Nasib baik alamat emel tu bukan alamat emel official aku. Kalau tak habis aku. Yang ni aku guna untuk kacau haters aku.
Fattyashik: Jadi awak ni?
Chimluvcookie:Ye saya Jimin.
Huaaaaaa Jimin?? Hshshshshshsh tangan aku menggigil. Berapa kali aku tertekan tertutup data. Gugup punya pasal.
Chill baik aku balas dulu. Huaaaaaaaaaaa aku tak bolehhhhhh...
Fattyashik: Awak tahu ke saya siapa?
Chimluvcookie: Tahu. Budak kelas saya kan?
Fgfgfhfgghhhfdgghhhgfghhhjj
Hidup aku dah musnah. Esok aku dah tak boleh pergi sekolah dah. Bye-bye dunia. Malam ni aku nak bunuh diri. Aku nak telan sebotol kismis. Sorry ibu ayah. Huaaaaaa..
Jimin balas lagi.
Chimluvcookie: Tapi saya tak tahu awak yang mana satu. Saya boleh agak surat tu daripada budak kelas sendiri pun sebab waktu surat tu jatuh saya berdiri setentang dengan kelas saya tak maksud saya kelas kita. Jadi mestilah awak ni dari kelas saya. Awak yang mana ek?
Tak tahu lagi rupanya. Horeee.. Hulur tangan bawah katil.
Fattyashik: Tak saya bukan dari kelas awak. Saya junior awak.
Chimluvcookie: Saya yakin awak dari kelas saya. Jangan risau saya kan ketua kelas jadi bila saya ada kena kutip buku saya check la.
Died fkfkfkfkfkfkfk
Fattyashik: Jimin saya bukan budak kelas awak la.
Chimluvcookie: Tak sangka budak kelas saya ada yang sayang saya camtu. Saya jadi tak sabar nak tahu.
Jimin Offline.
Aku offlife huhu tamat riwayat ku...hwarrrrrrrr.. Mampus aku. Aaaaaaauuuuuuuuuu
Akibat kuat sangat kejutan yang diterima, aku pergi dapur dan bergolek dalam kabinet dapur. Sesekali aku jengukkan kepala dan buat break dance.
YOLo YOLO👯👯
YOLO
YOU ARE READING
Crush si Obes (P.J.M)
Humorkau ingat sebab aku obes aku tak berhak ada crush? Crush kan free. jadi lantak I -Mimi pelakon reader and aku as mimi park jimin bts as jimin plakon extra- xpayah nak tulis. malas