Pertengkaran

265 47 37
                                    

Dah dua bulan aku jadi budak tingkatan lima. Serius guys, kerja sekolah dan tahap kesusahan semua subjek makin menjadi-jadi. Aku dah pening sampai terkena sindrom As'ad Motawh Semua orang aku nampak macam muka As'ad Motawh.

Ahh, lupa nak cakap. Lepas kes aku dengan Syahir selesai nanti mungkin aku dah berhenti cerita dekat korang pasal kehidupan peribadi aku. Guys, I gonna miss you.

"Kenapa kau tiba-tiba nak teman aku tunggu bas ni Nisha? Biasanya tak sempat loceng sekolah nak merehatkan anak tekaknya yang gojes, kau dah pun berambus laju keluar dari sekolah?" Soal ku.

Nisha dan aku sekarang ni ada kat depan pondok menunggu bas. Tak ramai sangat orang sebab tadi ada dua budak kacak buat break dance tepi tiang lampu jadi semua pergi tengok. Aku tak layan sangat melainkan mereka tu Bts.

"Aku ke? Malas la nak balik. Mak asyik paksa aku. Malas nak gaduh." Jawab Nisha dengan muka monyok.

"Paksa apa?"

"Tinggalkan Jhope. Dia suruh aku berhenti berimaginasi liar tentang Jhope. Kononnya Jhope tu siapa aku tu siapa."

"Jhope unicorn kau kuda kepang."

Nisha pandang aku macam dia tengah pandang Jhope berlakon piggyback awek highlight reel. Serius, nampak macam dia nak penggal kepala orang

"Ala, biasalah. Mak mana tak marah tengok anak gilakan lelaki kpop yang jauh nun di sana. Semua mak macam tu. Rileks."

"Mak kau pun?"

Aku angguk. Aku kisah apa mak sokong ke tak sebab mak kan dah sokong hubungan aku dengan Jimin au au au au.

"Tapi aku sedih. Mak nak jodohkan aku dengan seseorang. Katanya lepas spm terus tunang."

"Serius? Ala. Mesti dia muka melayu berjambang. Tak tercapailah hasrat kau nak kahwin dengan Jhope. Sabar okey?"

Dum Dum.

"Alah, dah nak hujan. Aku rasa aku kena gerak dulu." Ujar Nisha selepas kilat tiba-tiba berbunyi.

Senyum aku bertukar sinis.

"Kau jangan Mimi, kau gila ke apa?" Nisha tarik dagu aku.

"Apa ni main tarik-tarik dagu. Ingat ni drama Korea?"

"Apa pun yang kau fikir sekarang, aku nasihatkan kau, jangan. Jangan okey?"

"Apa je yang aku fikirkan?"

"Kau ingat aku tak tahu kau nak buat parodi video Epiphany? Mentang-mentang dah nak hujan, kau nak buat scene tu kan?"

Gilalah Nisha. Macam mana dia tahu? Ah lantaklah. Dulu aku buat Singularity dalam bilik, Keke challenge dalam kelas. Jadi apa masalahnya kalau aku buat Epiphany depan pondok bas?

"Jangan Mi, ramai orang nih. Kita dah la pakai baju sekolah warna putih. Seksi bhai."

Aku tersengih. Eloklah seksi, Jin pun seksi gila berdiri bawah hujan. Sayangnya aku tak ada halkum. Macam mana ni?

"Ha buatlah. Tengah kilat ni. Kan alih-alih kau tengah dongak minum air hujan pyiawwww kilat sambar lubang hidung. Kau nak?"

Seram sia. Baik aku tak buat sekarang. Nanti bila mak tengah siram pokok bunga, aku suruh dia siram atas aku. Oh yeahhh!!!

"Dah, dah la fikir pasal bapa kepada anak tiri aku, aku tampo kang! Perut aku senak tau bila ada perempuan sembang suweet pasal suami kedua aku."

Aku jelir lidah. Nisha pun buat tak tahu dan terus balik rumah. Kan basah pula minah tu kalau lambat gerak. Aku tak apa la, naik bas.

Aku kembali menunggu bas. Akhirnya hujan turun jua. Semua budak yang tadinya berkumpul depan tiang lampu berlari ke warung tepi jalan dan budak lelaki yang buat break dance tadi berlari ke sini.

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now