Crush aku

671 69 114
                                    

Nama aku mimi. Tahun lepas aku baru habis pt3 jadi aku rasa korang dah boleh agak umur aku berapa.

Cerita aku bermula bila aku crush dekat ketua kelas aku. Jimin namanya. Hensem bhai. Tapi sebab tu ke aku syok kat dia?

SALAH SALAH

Aku rasa aku start crush kat dia masa hujung tahun lepas. Lebih tepat masa ambil result pt3.

Nak tahu cerita aku? baca ni.

Masa tu aku dah nak balik lepas ambil result. Result aku takde lah gempak sangat. Setakat semua A je, tapi tetap aku bersyukur.

Jadi masa aku tengah jalan kat depan pintu pagar aku kena lalu depan tandas laki. Yang paling menyampahnya masa ni juga lah lima orang budak kelas aku melepak kat situ.

Hirup bau tandas. Nak kata bodoh, result diaorang gempak. Entah apa-apa kan?

Aku sedaya upaya melangkah. Aku memang jenis jalan lambat tapi bukan sebab saiz badan. Dah aku pakai kain nak buat macam mana.

"Weh tengok weh gergasi nak lalu."

"Cepat pegang dinding, gempa bumi bakal menjelma."

Geram lah aku. Mereka ni tak ada perasaan ke apa. Dosa sangat ke jadi gemuk. Kurus pun tapi perangai macam setan buat apa kan?

Tiba-tiba je ada seorang anak kecil, anak siapalah yang sesat aku tak pasti tapi budak tu langgar aku.

Kedebush...

Aku jatuh depan orang ramai.

Lima ekor manusia tu terus gelakkan aku. Sampai hati mereka.

Lebih teruk lagi junior-junior kelas sebelah nampak dan diaorang gelak kan aku.

Satu sekolah gelak kan aku.

Aku malu.

Aku rasa teruk sangat.

Tak sedar macam mana air mata menitik depan diaorang. Aku seka air mata dan try nak bangun tapi tak boleh. Payah.

Dan aku menangis sambil duduk kat situ. Malu kau tau tak?

Dan tiba-tiba seseorang menghulurkan beg sandang kat aku.

Dia ketua kelas aku. Jimin.

"Pegang ni." Arah Jimin.

Aku terkejut. Dalam banyak-banyak orang hanya jimin yang tak gelak kan aku.

Dia bagi aku berpaut pada beg dia sebab dia nak tolong aku bangun.

Aku terharu beb.

Akhirnya aku berjaya bangun. Nasib beg dia tak putus ke apa kalau tak mesti aku rasa bersalah.

Tak sempat aku nak ucap terima kasih, Jimin pun blah. Rupa-rupanya budak lima ekor tu tadi tunggu Jimin siap guna tandas baru diaorang blah.

Kenapalah Jimin ada kawan macam mereka. Tak setaraf.

"Jimin asal kau nak tolong minah tu?"

"Dia pun manusia juga lah weh." Jawab Jimin sambil meluku kepala member sebelahnya.

Dari jauh aku terdengar perbualan mereka dan sejak hari tu, bermulalah life aku sebagai orang yang ada crush.

Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now