Kandang Lembu

281 52 16
                                    

Hujan diluar masih turun dengan lebatnya. Aku dengan Syahir masih lagi terperangkap dalam kandang lembu. Serius weh, walaupun aku tak ada perasaan dekat dia, hati aku tetap dup dap dup dap dari tadi. Kenapa eh?

Bila duduk di tempat yang gelap dan tertutup ni walaupun ada najis lembu di merata tempat tetap tak menjejaskan ingatan aku pada mimpi aku semalam. Oh yess guys, memang hobi aku bercerita pasal mimpi sendiri.

Jadi kalau tak nak dengar sila tutup wattpad huhu gurau je jangan marah. Hastag Mimi lawa tapi tak kejam.

Ok balik ke topik asal. Semalam aku termimpi pasal aku pergi bulan madu dengan suami aku tapi tak jelaslah mamat mana yang jadi suami aku. Yang pasti bukan Jimin. Rugi kan alooo..

Macam biasalah kan kalau dah berkahwin mesti ada babak kejar mengejar macam dalam fanfiksyen. Ala, macam tak biasa. Normal la kalau mimpi aku semua klise. Bukan macam mimpi Suga; grammy, billboard.

Ok, jadi masa aku nak acah larikan diri, suami aku yang hot gila nak mati tu hadang jalan aku. Dia berdiri di depan pintu bilik dengan tangan didepakan sambil ucap sesuatu dalam bahasa inggeris. Ayat dia, pandangan mata dia, buat aku gila kyaaaaaaasss.

 Ayat dia, pandangan mata dia, buat aku gila kyaaaaaaasss

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I got you. There is no way out ~~~"

Aku yakin mesti korang tengah tersengih sekarang kan? Dan mesti ada yang membayangkan akan berlakunya babak 15 tahun ke atas lepas ni? Tapi sorry beb. Walaupun ini mimpi je jangan harap aku nak sponsor babak macam tu dekat sini, boombayahhhhhhhh usasssss.

Jadi apa aku buat? Aku bongkokkan badan lepas tu aku lalu ikut bawah ketiak dia. Ala bayang sendirilah payah aku nak terang secara detail. Cuma yang peliknya muat pula aku lalu ikut situ padahal saiz aku kan hehe..

Masa tengah lari tu aku tiba-tiba jadi si meow, kucing aku sendiri. Apa kejadah la aku terperangkap dalam badan kucing aku sendiri?. Kadang-kadang aku rasa mimpi aku lagi hebat dari mv bts sebab banyak teori tak masuk akal yang perlu dikaji.

Cuma apa yang jadi lepas tu buat aku tersenyum panjang sampai ke pagi walaupun aku sebenarnya tengah serabut. Dalam mimpi tu, Jimin muncul dan kutip aku untuk dijadikan haiwan peliharan dia.

 Dalam mimpi tu, Jimin muncul dan kutip aku untuk dijadikan haiwan peliharan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Crush si Obes (P.J.M)Where stories live. Discover now